Anda di sini

Muzium ajak orang ramai kongsi koleksi foto lama

Advertisement
 Kamarlin (dua kanan), Sintiong (kanan), Latana (tiga kiri) dan tetamu kehormat yang lain memotong kek sebagai gimik sambutan ulang tahun ke-52 Muzium Sabah.
KONGSI SEJARAH: Kamarlin (dua kanan), Sintiong (kanan), Latana (tiga kiri) dan tetamu kehormat yang lain memotong kek sebagai gimik sambutan ulang tahun ke-52 Muzium Sabah.

KOTA KINABALU: Jabatan Muzium mengajak orang ramai berkongsi koleksi foto lama mereka untuk dijadikan paparan sejarah yang menarik di Muzium Negeri Sabah.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi berkata usaha itu penting bagi menimbulkan nostalgia berkaitan kehidupan pada masa dahulu untuk dikongsi kepada anak-anak muda masa kini.

Sambil memuji kerjasama antara muzium dan agensi lain, beliau berkata ia memberi kesan positif kepada daya tarikan di muzium berkenaan.

Kebiasaannya, ramai orang berfikir bahawa muzium hanya untuk melihat artifak lama, tapi sebenarnya tempat ini boleh dijadikan destinasi pelancongan yang baik suatu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada perasmian pameran fotografi ‘Faces of Sabah’ oleh Latana pada Sabtu. Beliau mewakili Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Sebanyak 25 foto hitam putih hasil derma koleksi Latana dipersembahkan pada majlis berkenaan yang juga bersempena sambutan ulang tahun ke-52 Muzium Sabah.

Masidi dalam ucapannya yang disampaikan oleh Kamarlin memuji usaha jurugambar Latana yang berjaya menghasilkan dokumentasi rakyat Sabah menerusi lensa dan sanggup berkongsi koleksi dengan rakyat pada pameran itu.

Apa-apa tarikh, era atau tempoh gambar diambil, ia boleh menjadi sejarah dan sangat berharga walaupun ada yang lebih berharga seperti gambar-gambar dahulu iaitu gambar praperang dari tahun 1906 hingga 1927.

Walaupun koleksi Faces of Sabah yang diambil oleh Latana pada tahun 1980-an dianggap sebagai gambar terkini, namun ia juga berharga kerana ia adalah rekod sejarah yang jelas tidak sudah kelihatan pada hari ini.

Perubahan sosial di Sabah pada 30 tahun lalu begitu dramatik, bahkan gaya hidup lama, usang sungguh menarik. Terima kasih kepada koleksi Latana kerana kita dapat melihat masa lalu rakyat Sabah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Muzium Sabah Sintiong Gelet berkata pihaknya menerima koleksi foto Latana bagi melengkapkan koleksi yang ada di muzium, khususnya sekitar tahun 1980-an di kawasan Penampang dan Kudat.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Latana kerana berkongsi koleksi foto dan mengalu-alukan orang ramai menyumbangkan sejarah berharga mereka sama ada koleksi individu mahupun persatuan.

Kami menerima barang berharga, sama ada didermakan atau dijual. Kami mempunyai jawatankuasa tertentu untuk menilai harga artifak yang diberikan.

Bagi yang mahu menjual artifak kepada muzium, kita akan menilai dahulu barang antik itu dan membandingkan nilai pasaran sama ada ia boleh didapati di muzium atau tidak,” jelasnya.

Advertisement