Anda di sini

Dua maut kemalangan

Advertisement

Budak, warga emas maut selepas dua kereta bertembung di Limbang.

 Kemalangan maut di Kilometer 36, berhampiran Kampung Bidang.
TRAGIS: Kemalangan maut di Kilometer 36, berhampiran Kampung Bidang.
 Pemandu warga emas yang maut.
MAUT: Pemandu warga emas yang maut.

LIMBANG: Perjalanan pulang sebuah keluarga bertukar tragedi hitam apabila seorang kanak-kanak lelaki dan  seorang pemandu warga emas dari kereta berlainan maut dalam kemalangan membabitkan dua  kenderaan di Kilometer 36 Jalan Tedungan di sini petang kelmarin.

 Mangsa, Abdul Malik Rahim, 8, merupakan murid sekolah rendah di sini dan seorang pemandu, Duncan Taboh, 66, maut dalam kemalangan sekitar jam 5.30 petang.

Selain Abdul Malik, kenderaan itu turut dinaiki enam ahli keluarganya dengan dua daripadanya cedera parah manakala selebihnya cedera ringan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kedua-dua mangsa maut merupakan warga tempatan dan menaiki kenderaan bernombor pendaftaran Brunei.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata hasil siasatan awal mendapati kenderaan dipandu Duncan dari arah bandar menuju Tedungan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan yang dinaiki Abdul Malik dan yang lain.

 "Akibat rempuhan itu, Duncan maut di tempat kejadian akibat tersepit dalam keretanya yang remuk manakala Abdul Malik meninggal dunia dalam perjalanan ketika mendapatkan rawatan di Klinik Batu Danau," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem menjelaskan bahawa seramai lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 36 kilometer sebaik menerima laporan kejadian itu jam 6.35 petang.

Katanya, pihaknya terpaksa menggunakan peralatan 'bomb' bagi mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan itu.

 Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

 Mayat Abdul Malik di sisi ayahnya (kiri) dalam kemalangan di Limbang kelmarin.
MENYEDIHKAN: Mayat Abdul Malik di sisi ayahnya (kiri) dalam kemalangan di Limbang kelmarin.
  • oleh
  • Advertisement