Anda di sini

‘Gangnam Style’ bukan lagi video No.1 di YouTube

Advertisement
 Gambar fail bertarikh 19 Mei 2017 ini menunjukkan Psy ketika tiba untuk temubual bersama Reuters di Seoul. S����elepa�����s empa���t setengah tahun sebagai video paling kerap ditonton dalam YouTube, ‘Gangnam Style’ daripada Psy pada minggu lepas jatuh ke tempat kedua, dan digantikan dengan ‘See You Again’ oleh Wiz Khalifa dan Charlie Puth. � — Gambar Reuters
TURUN DARI SINGGAHSANA: Gambar fail bertarikh 19 Mei 2017 ini menunjukkan Psy ketika tiba untuk temubual bersama Reuters di Seoul. 

VIDEO dari Korea Selatan ‘Gangnam Style’, yang aneh dan melahirkan satu tarian kegilaan global dan menular dengan begitu meluas sehinggakan ia hampir memecah YouTube, akhirnya telah ditewaskan sebagai video paling kerap ditonton.

 Selepas empat setengah tahun sebagai video paling kerap ditonton dalam YouTube, ‘Gangnam Style’ pada minggu lepas jatuh ke tempat kedua, dan digantikan dengan ‘See You Again’ oleh Wiz Khalifa dan Charlie Puth.

 ‘Gangnam Style’, lagu satira mengenai penduduk kaya raya dalam daerah di Seoul dengan nama yang sama, malah mengejutkan penyanyinya, Psy, dengan populariti globalnya yang mendadak pada 2012.

 Psy, yang sebelum ‘Gangnam Style’ tidak begitu dikenali di luar Korea Selatan, memperolehi ramai peminat dengan gerakan tarian ala ekuestrian dalam video itu yang mengiringi rentak pop yang rancak.

 Video itu menjadi video pertama yang mencapai satu bilion tontonan dalam YouTube dan menyebabkan jurutera laman tersebut untuk bergegas membuat perubahan apabila ia mencecah 2.1 bilion tontonan, yang sebelum itu disangka paling maksimum.

 ‘See You Again’ yang dipaparkan dalam filem aksi pada 2015 ‘Furious 7’ dan diselangi adeganadegan dari filem itu dengan Wiz Khalifa yang melakukan rap dan Charlie Puth yang bernyanyi bersebelahan sebuah pantai berpasir.

 Lagu itu merupakan penghormatan kepada Paul Walker, seorang pelakon dalam francais filem ‘The Fast and Furious’ yang maut dalam satu nahas kereta.

 Kejayaan Psy lebih menarik lagi kerana dominasi muzik berbahasa Inggeris dalam carta global.

 Dalam satu contoh baharu, ‘Despacito’ – sebuah lagu reggaeton berbahasa Sepanyol oleh bintang Puerto Rico, Luis Fonsi, dan penyanyi rap Daddy Yankee – sudah menduduki tempat teratas carta lagu single US Billboard selama sembilan minggu.

 Video ‘Despacito’ sudah menjadi filem kelima paling kerap ditonton dalam YouTube dengan 2.

486 bilion tontonan walaupun ia baharu dikeluarkan pada tahun ini.

 Suatu ketika dahulu dilihat sesuatu yang bersejarah apabila Psy mencecah jumlah satu bilion, sebanyak 68 klip video sudah mengatasi satu bilion tontonan dalam YouTube, semuanya, kecuali tiga daripadanya, adalah video muzik.

 — AFP

Advertisement