Anda di sini

Eksport komoditi meningkat 27.1 peratus sehingga Mei

Advertisement

Bernilai RM59.1 bilion mengatasi RM46.5 bilion tahun lepas

TELUK INTAN: Nilai eksport produk berasaskan komoditi negara sehingga Mei ini meningkat sebanyak 27.1 peratus atau RM59.1 bilion, sekali gus mengatasi RM46.5 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

 Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata walaupun ekonomi dunia ada kalanya turun naik, namun nilai eksport produk komoditi negara berjaya ditingkatkan menerusi beberapa inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian itu.

 Beliau berkata bagi eksport industri berasaskan kelapa sawit, ia merupakan penyumbang terbesar daripada nilai keseluruhan eksport itu dengan mencatat peningkatan sebanyak 31.

54 peratus kepada RM32.

2 bilion sehingga Mei berbanding RM24.

5 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas.

 “Seperti biasa, destinasi utama eksport kelapa sawit ialah India, diikuti Eropah dan China,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Daerah Hilir Perak bersama Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) di Pekarangan Menara Condong Teluk Intan di sini semalam.

 Mengulas lanjut Mah yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata penyumbang kedua tertinggi eksport ialah hasil industri getah iaitu naik 42.48 peratus atau RM14 bilion sehingga Mei ini berbanding RM9.8 bilion sehingga Mei 2016. Dua lagi eksport komoditi yang turut meningkat ialah industri koko dan industri perkayuan yang masing-masing mencatat kenaikan 9.10 peratus (RM2.4 bilion) dan 6.76 peratus (RM9.7 bilion).

 Industri lada hitam bagaimanapun mengalami penurunan peratusan eksport iaitu 8.64 peratus atau RM134.39 juta berbanding RM147.10 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

 “Begitu juga dengan eksport industri kenaf yang menurun sebanyak 21.29 peratus kepada RM528.57 juta berbanding RM671.55 juta dalam tempoh yang sama sehingga Mei 2016,” katanya.

 Mah berkata sekiranya eksport produk berasaskan komoditi meningkat pada kadar yang konsisten, beliau menjangkakan nilai eksport produk komoditi tahun ini boleh mencecah RM130 bilion mengatasi RM122 bilion yang telah dicatatkan pada tahun lepas.

 Jabatan dan agensi yang terlibat dengan penganjuran Mobile CTC di Teluk Intan itu termasuk Institut Jantung Negara (IJN), JobsMalaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tabung Haji, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

 — Bernama

Advertisement