Anda di sini

Dua lelaki cedera dalam dua kemalangan berasingan

Advertisement

KUCHING: Dua lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital berikutan mengalami kecederaan selepas terlibat dalam dua kemalangan berasingan di sini, semalam.

Seorang lelaki dari Betong cedera di kaki kirinya, apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu melanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa yang berusia 45 tahun itu dikatakan menunggang berseorangan dalam perjalanan menuju ke Sungai Apong.

Ketika melalui Jalan Tun Razak, motosikal mangsa tiba-tiba hilang kawalan akibat permukaan jalan licin dan tidak rata.

Ekoran itu mangsa tergelincir di jalan sebelum melanggar kenderaan di laluan bertentangan.

Mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang pemuda cedera di bahagian dagu, selepas kenderaan yang dipandunya melanggar terbabas sebelum melanggar tiang lampu di Jalan Urat Mata kira-kira jam 3 pagi.

Lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu kemudian dikejarkan hospital untuk rawatan lanjut.

Advertisement