Anda di sini

‘Game of Thrones’ akhirnya kembali dengan musim baharu

Advertisement
KIT HARINGTON
KIT HARINGTON

PERTUNJUKAN popular ‘Game of Thrones’ kembali untuk musim kedua terakhirnya pada Ahad ini (Isnin waktu Malaysia), yang membayangkan penamat kepada drama tentang seks, keganasan dan muslihat politik yang telah menjadi program TV paling popular di dunia.

 Cerita bertaraf 18SG yang disiarkan oleh Astro di Malaysia menerusi saluran HBO dan HBO HD mengenai keluargakeluarga bangsawan yang berebut untuk menguasai Takhta Besi ada hanya 13 episod sahaja lagi, dibahagikan kepada dua musim yang dipendekkan, dan akan melabuhkan tirai ke atas program dengan penarafan yang mencipta sejarah televisyen itu.

 Salah satu siri waktu perdana paling gelap dan paling kontroversi pernah dibuat, ia telah menjadi sasaran kritikan selama ini kerana keganasannya yang tidak masuk akal dan kekerapannya menggunakan rogol sebagai alat dramatik.

 Penulis skrip telah menyeksa wanita, membunuh kanak-kanak, menggambarkan seks grafi k dan membuat watak-watak mereka ditetak, ditikam, disebat, diracun, dipenggal kepala, dibakar hidup-hidup, mata dicungkil dan perut dipotong – semuanya dalam perincian dekat yang hebat.

 Bagaimanapun tema dewasa tidak menjauhkan peminat, dan audiens sudah berkembang di Amerika Syarikat (AS) kepada lebih 23 juta orang bagi satu episod.

 ‘Game of Thrones’ memenangi lebih banyak Anugerah Emmy berbanding mana-mana program naratif dalam sejarah dan ditayangkan di 170 buah negara, dengan jumlah penonton yang memecah rekod di seluruh dunia.

 Musim enam adalah yang pertama untuk melangkah lebih jauh daripada novelnovel ‘A Song of Ice and Fire’ tulisan George R.R. Martin dan melakar jalannya sendiri.

 Pengkritik berkata ia menandakan kepulangan kepada bentuk, dengan naratif yang membolehkan watak-watak wanita untuk menunjukkan kerumitan dan sisi moral yang tidak ada dalam beberapa musim terdahulu.

 Penonton menyaksikan wira Jon Snow (Kit Harington) dibangkitkan dan diisytiharkan sebagai Raja di Utara, manakala Cersei Lannister (Lena Headey) melancarkan rampasan kuasa di King’s Landing, dengan membunuh kebanyakan anggota kerabat diraja dan musuh agamanya, High Sparrow.

 - Pembunuh kejam - Sansa Stark (Sophie Turner), yang dirogol dalam satu episod luar buku yang kontroversi dalam musim lima oleh Ramsay Bolton (Iwan Rheon), membiarkan Bolton dimakan oleh anjinganjing pemburunya sendiri manakala Daenerys Targaryen (Emilia Clarke) belayar ke Westeros.

 Pengendali program David Benioff dan D.B. Weiss pada tahun lepas mengumumkan siri pendek yang terdiri daripada tujuh dan enam episod bagi dua musim terakhir dan mengesahkan kepulangan pada musim panas bagi musim tujuh, satu kelainan daripada tayangan perdana biasa pada bulan April.

 Program itu telah membayangkan tayangan pada musim salji sejak episod pertamanya pada 2011, dan dengan fi nale musim enam yang bertajuk ‘The Winds of Winter’, kru kamera terpaksa menunggu cuaca yang lebih sejuk untuk memulakan penggambaran bagi musim tujuh.

 Tidak banyak maklumat didedahkan mengenai episod baharu, kecuali mengenai pemenang anugerah Oscar, Jim Broadbent, yang menyertai barisan pelakon, dan sensasi pop, Ed Sheeran, yang akan membuat penampilan kameo.

 Satu teori yang berkisar dalam media sosial ialah watak kegemaran peminat Dany mungkin akan menjadi orang jahat.

 Penyokong berkata bapanya, Raja Gila Aerys Targaryen, adalah seorang pembunuh yang kejam dan Mother of Dragons (Ibu Naga) itu sendiri kelihatan seperti semakin dingin dengan setiap musim baharu.

 “Saya rasa itu tidak mungkin sama sekali,” kata Iain Glen, yang membawa watak sekutunya yang turut hidup dalam buangan, Jorah Mormont, kepada akhbar Huffi ngton Post.

 “Maksud saya, ini adalah Iain bercakap dan Jorah bercakap – kami memiliki suara yang sama – saya begitu percaya kepadanya sehinggakan saya sendiri tidak dapat melihatnya dia menjadi begitu.

” - Memerintah Westeros - Snow dan watak utama lain dijangka diberi lebih banyak masa skrin dalam episod-episod terakhir walaupun musimnya lebih pendek, terutamanya kerana watak kecil asyik dibunuh.

 “Ia adalah perubahan yang menyeronokkan bagi saya pada musim ini, dia lebih banyak bercakap, dia lebih yakin dengan diri sendiri,” kata Harington kepada Entertainment Weekly (EW) mengenai wataknya.

 “Dia bukan hanya tahu apa yang dia perlu buat tetapi dia lebih tahu tentang apa yang dia sebut, di mana sebelum itu ketakutan dan keraguan sentiasa wujud.

 Saya semakin seronok kerana tidak hanya mendengus sahaja.

” Sebuah treler selama 90 saat bertajuk ‘Long Walk’ menunjukkan Cersei, Dany dan Jon menuju ke bilik takhta masing-masing di King’s Landing, Dragonstone dan Winterfell.

 Episod 61, yang bertajuk ‘Dragonstone’, mengadakan tayangan perdana di HBO pada jam 9.

00 malam di AS di kedua-dua pantai, manakala rangkaian itu telah mengumumkan dua episod berikutnya akan dipanggil ‘Stormborn’ dan ‘The Queen’s Justice’.

 Soalan terbesar sekali – yang tidak akan dijawab pada musim panas ini – masih siapa yang akan duduk di atas Takhta Besi dan memerintah Westeros apabila ‘Game of Thrones’ tamat nanti.

 “Saya rasa Sansa patut mendapatkan Takhta Besi, dan saya rasa Jon Snow harus memerintah Winterfell,” kata Isaac Hempstead-Wright, yang membawa watak Bran Stark, dalam satu video yang dipaparkan oleh EW.

 “Sansa harus memerintah Takhta Besi.

 Arya harus memerintah Winterfell,” jawab Harington, yang berkata dia berpendapat Snow harus menyertai semua kumpulan Night’s Watch yang mempertahankan alam berkenaan daripada ancaman dari utara.

 – AFP

Advertisement