Anda di sini

19 lagu Melayu, 10 lagu Melanau berentap di AJLMM 2017

Advertisement
__alt__

SIBU: Anugerah Juara Lagu Melayu Melanau (AJLMM) 2017 akan berlangsung di ruang legar Giant Hypermarket Sibu pada 15 Julai ini, bermula jam 10 pagi hingga 5.30 petang.

 Sebanyak 19 buah lagu Melayu dan 10 lagu Melanau akan berentap pada anugerah yang julung kali dianjurkan.

 Bagi kategori lagu Melayu, lagu yang dipertandingkan ialah ‘Doa Sehening Malam’ yang disampaikan oleh Puteri Balqis, ‘Malam Gelita Sangsi’ (Saqtiens), ‘Akulah Bintang’ (Fifi Maisara Feeqah), ‘Apa Sebenarnya’ (Shamirul), ‘Bejana Cinta Terlarang’ (Yati Alias), ‘Aku Hanya Sementara’ (Naim Noor), ‘Askara Cinta’ (Daus Pakta) dan ‘Jodoh Cinta’ (Jefry ES).

 Turut bertanding dalam kategori lagu Melayu adalah ‘Tranformasi’ (Putera Al Haq), ‘Tiada Lain Selain Diri Mu’ (Sufi Ahmad), ‘Pelamin Kita’ (Emma B), ‘Serambi Cinta’ (Putera Al Haq), ‘Elergi Cinta Luka’ (Salwa Saini), ‘Sirna’ (Saqtiens), ‘Buah Sukma Ku’ (Azlan), ‘Miak Kinek Tuk’ (Emma B), ‘Warkah Cinta’ (Mady Spuan), ‘Gerbang Syurga’ (Puteri Balqis) dan ‘Kau Yang Ku Cinta’ (Ikhwan).

 Sementara bagi kategori Melanau, lagu yang dipertandingkan ialah ‘Sai Kudok Gak Giyen’ (Zuki Ladi), ‘Jerau Jenasang’ (Fifi Feeqah & Ikhwan), ‘Joget Bilem Manis’ (AKJ), ‘Beraie’ (Sufi Ahmad), ‘Melanau Telo’ (Sufi Ahmad), ‘Takdir’ (Feeqah & Mdanis), ‘Rhiwan’ (Shadow), ‘Aseng Bak Berubah’ (Saqtiens) dan ‘Hancur Harapan’ (AKJ).

 Pengerusi penganjur AJLMM 2017, Anis Ili berkata, ini merupakan julung kali anugerah seperti itu dianjurkan di sini.

 “AJLMM 2017 dianjurkan bagi memertabatkan industri lagu Melayu dan Melanau di sini,” ujarnya yang aktif dalam seni hiburan di negeri ini.

 Selain itu katanya, anugerah juga bagi mempromosikan lagu Melayu Melanau tempatan agar semakin dikenali di kalangan peminat tempatan.

 AJLMM 2017 pada hari itu juga akan dihangatkan lagi dengan kemunculan penyanyi terkenal tanah air iaitu Nai Dinamik.

 Beliau dijangka akan menghiburkan orang ramai dengan barisan lagu-lagu popularnya seperti ‘Antara Gadis’, ‘Lelenggau’, ‘Biar Putih Tulang’, ‘Besar Hajat Di Hati’ dan banyak lagi.

 Di samping itu, penyanyi tempatan lain di sini juga ada dijemput untuk memeriahkan AJLMM 2017.

 Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput bagi menyaksikan anugerah sekaligus berhibur bersama-sama artis yang telah diundang khas pada hari itu.