Anda di sini

Ratusan memperingati mangsa kebakaran blok menara London

Advertisement

LONDON: Ratusan berhimpun pada malam kelmarin untuk memperingati mangsa kebakaran blok menara London, ketika kemarahan membuak mengenai reaksi kerajaan dan siasatan yang sedang dijalankan.

Empat minggu selepas kebakaran besar memusnahkan Grenfell Tower di barat London, orang ramai menyala-kan lilin di sebuah kawasan yang penuh dengan gambar, bunga dan nota ingatan tulisan tangan.

“Saya mengenali orang yang telah hilang, saya mengenali orang yang kehilangan orang, saya mengenali orang yang begitu sedih sekali. Ia benar-benar sukar sekali,” kata Ahli Parlimen tempatan Emma Dent Coad.

Orang ramai bertafakur selama seminit di mana ramai yang menangis, dan selepas itu orang yang menyertai perhimpunan itu menyanyikan lagu Bob Marley ‘One Love’.

Sekurang-kurangnya 80 nyawa terkorban apabila bangunan pencakar langit berkenaan terbakar dengan begitu cepat sekali, dan kekuatan kebakaran membuat penyiasat mengaku beberapa mangsa mungkin tidak akan dijumpai.

“Empat minggu lalu, satu tragedi dahsyat berlaku di dalam Grenfell Tower. Kos kemanusiaan dalam tragedi itu adalah sesuatu yang semua kita masih cuba fahami,” komander polis Stuart Cundy menyebut dalam satu kenya-taan kelmarin.

Penyelaras pengecaman mangsa bencana Polis Metro-politan, Alistair Hutchins, memberitahu BBC Grenfell Tower merupakan insiden terburuk yang dia pernah tangani dalam kariernya selama 18 tahun.

Hutchins, yang mencerita-kan tentang usaha mencari yang payah di bawah puing, berkata pasukannya akan menggunakan penapis 6mm untuk mencari serpihan se-perti tulang dan gigi.

Dengan operasi pemulihan yang dijangka memakan masa berbulan-bulan, kemarahan timbul dalam masyarakat tempatan dengan pengendali-an rasmi kebakaran itu.

Pada satu pertemuan dengan mangsa yang selamat pada awal kelmarin, penyiasat polis Matt Bonner disambut dengan laungan “tangkap seseorang” apabila orang ramai tidak berpuas hati dengan penjelasannya mengenai siasatan.

Sementara itu ketua baharu pihak berkuasa tempatan Elizabeth Campbell, asyik diganggu oleh seorang anggota hadirin.

Ketua lama Majlis Kensington dan Chelsea, Nicholas Paget-Brown, meletak jawatan selepas caranya mengendalikan kebakaran itu dikritik.

Namun Campbell telah digambarkan sebagai tidak memahami masyarakat ber-kenaan selepas beliau memberitahu BBC kelmarin bahawa beliau tidak pernah memasuki bangunan pencakar langit tempatan sebelum beliau memegang jawatan baharu itu. — AFP

Advertisement