Anda di sini

MJC City tawar peluang pelaburan lumayan pada SHEDA 2017

Advertisement
 SkyVilla Residence dikenali dengan susun atur berkembar yang membolehkan pengudaraan dan pencahayaan baik ke setiap unit.
PENGUDARAAN BAIK: SkyVilla Residence dikenali dengan susun atur berkembar yang membolehkan pengudaraan dan pencahayaan baik ke setiap unit.

KUCHING: MJC City De­velopment Sdn Bhd (MJC City) menawarkan peluang-peluang pelaburan lumayan pada Ekspo Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada hu­jung minggu ini.

Salah satunya adalah One Residency, hartanah berpagar dan dikawal yang menerima Anugerah Kecemerlangan SHEDA atas rekaan serta konsepnya.

Ciri-ciri keselamatan yang berpagar dan dikawal adalah salah satu tarikannya sebagai rumah atas tanah, selain merupakan pertama di Kuch­ing yang mempunyai kemu­dahan pusat peranginan dan ciri-ciri keselamatan.

Diliputi landskap perse­kitaran hijau bagi memberi ketenangan kepada para penghuni, One Residency terletak di Bandar Baru Batu Kawah, kira-kira tujuh kilometer dari pusat bandar raya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

MJC City akan melancarkan fasa baharu One Residency tidak lama lagi dan ia hanya mempunyai 31 unit, yang merangkumi rumah bandar (town house) satu setengah tingkat dan rumah berangkai (link house) dua tingkat.

One Residency merupakan pilihan terbaik jika pembeli inginkan rumah atas tanah yang mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti pondok pengawal 24 jam, interkom peribadi ke pondok pengawal, pengawal rondaan, kamera litar tertutup (CCTV) di pintu masuk dan keluar, sistem kad akses kenderaan dan pagar perimeter.

Penghuni One Residency juga boleh menikmati ke­mudahan pusat peranginan eksklusif seperti rumah kelab, kolam renang dengan jakuzi, gim, tempat barbeku, land­skap saujana, trek berjoging, dan banyak lagi.

Dengan fasa baharu One Residency, kemudahan gaya hidup dicadang untuk ditam­bah adalah seperti

The Banks Lookout Point, Oasis Sunken, Rumah Pokok, Taman Permainan, Taman Linear dan Taman Batu, bagi membolehkan penghuni seisi keluarga menikmati perseki­taran hijau.

Salah satu hartanah laris di Kuching adalah SkyVilla Residence, yang memenangi anugerah Pembangunan Ke­diaman Bertingkat Tinggi Cemerlang oleh SHEDA, yang dibina di persekitaran tenang seluas 11 ekar dike­lilingi landskap hijau.

SkyVilla Residence mer­angkumi lima blok selepas siap dan Ohanna@Skyvilla iaitu blok keempat, kini dibuka untuk dijual selepas pelancaran rasmi pada hujung Oktober 2016.

Ohanna@Skyvilla dengan pilihan kawasan binaan 998 kaki persegi hingga 1,380 kaki persegi, dan dengan pan­dangan Gunung Serapi atau pemandangan kemudahan eksklusif rumah kelab.

SkyVilla Residence dileng­kapi dengan kemudahan ciri-ciri keselamatan enam poin, teater kecil, taman atas bumbung, kolam renang akua-terapi, jakuzi, kolam renang kanak-kanak, taman permainan kanak-kanak, gimnasium, tempat barbeku, bilik bacaan, dewan majlis dan banyak lagi.

Ohanna@Skyvilla, set­inggi 16 tingkat dan hanya lapan unit setiap tingkat, memaksimumkan privasi dan keselesaan. Sebagai tam­bahan, SkyVilla Residence turut dikenali atas susun atur berkembarnya yang membolehkan pengudaraan dan kecerahan baik untuk setiap unit.

Jangan lepaskan peluang untuk merebut unit Ohan­na@Skyvilla dengan harga bermula hanya RM418* kaki persegi dan nikma­tilah diskaun terhad dan kos permulaan rendah* apabila membeli unit tersebut hari ini. (tertakluk terma dan syarat)

Satu lagi peluang pelaburan ditawarkan adalah Papillion Street Mall, yang merupakan fasa terakhir hab komersil Bandar Baru MJC, di mana MJC City merevoluniasi rekaannya kepada Steet Mall pertama di Kuching, bagi menyediakan pengalaman beli-belah baharu dengan bu­tik fesyen, makanan dan gaya hidup di tingkat dua dengan kemudahan eskalator ditem­patkan di sisi empat ruang runcit 86,880 kaki persegi.

Rantaian kecergasan tem­patan, Level Up Fitness kini beroperasi di Papillion Street Mall. Unit komersil terhad boleh didapati untuk pelaburan manakala ting­kat pertama unit komersil, pangsapuri tingkat kedua dan ketiga telah habis dijual.

Pasukan pajakan MJC City akan menetapkan penyewa untuk pembeli, membolehkan penyewa hanya perlu men­unggu sewa bulanan dimasu­kkan ke poket, tanpa perlu bimbang ke atas penyewa dan kestabilan sewa bulanan.

Kini, anda boleh memiliki unit komersil aras bawah Papillion dengan kos permu­laan rendah (tertakluk terma dan syarat).

Orang ramai boleh men­gunjungi ruang pameran MJC City pada Ekspo Hartanah SHEDA di BCCK (Booth S2) dari 14 hingga 16 Julai, dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Untuk keterangan lanjut, hubungi perunding MJC City Ms Voon 014-6810824, Ms Lau 017-8859610, Ms Chin 014-9923226, Mr Gan 016-8910877, Ms Goh 016- 8875971 atau Mr Jae 013- 8184335.

Advertisement