Anda di sini

Wanita lemas terhidu asap dalam tandas

Advertisement
 Mangsa membakar arang dan mengurung diri di dalam tandas sebelum ditemui meninggal dunia oleh ibunya.
LEMAS: Mangsa membakar arang dan mengurung diri di dalam tandas sebelum ditemui meninggal dunia oleh ibunya.

KOTA KINABALU: Seorang ibu terkejut sebaik mendapati anak perempuannya meninggal dunia di dalam tandas rumah mereka berhampiran Pekan Manggatal pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, kejadian jam 9 malam itu disedari ibunya selepas mangsa tidak menjawab panggilan di telefon bimbitnya walaupun sudah dihubungi berulang kali.

Katanya, mangsa kemudian ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan bibir yang pucat di kerusi yang diletakkan dalam tandas berkenaan.

Mangsa yang dikenali sebagai Ivy Siaw Wei, 22, kemudian disahkan meninggal dunia sejak jam 2 petang sebaik diperiksa anggota perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat,” katanya.

Chandra berkata hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa dipercayai membunuh diri dan punca kematian akibat lemas kerana mangsa menutup pintu serta tingkap selepas membakar arang di dalam tandas berkenaan.

Menurutnya, sebab mangsa membunuh diri masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Advertisement