Anda di sini

Sinar buat Noor Batrisyia

Advertisement

TPM serah derma RM50,000 daripada individu prihatin, kutipan terkumpul kini cukup untuk pembedahan implan koklea.

 Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan derma kepada Noor Batrisyia di LTAK, malam tadi. Turut kelihatan ibunya, Alis (kiri) dan bapanya, Ramlan (dua kiri).
PRIHATIN: Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan derma kepada Noor Batrisyia di LTAK, malam tadi. Turut kelihatan ibunya, Alis (kiri) dan bapanya, Ramlan (dua kiri).

KUCHING: Derma RM50,000 daripada seorang individu bakal mengakhiri masalah pendengaran yang dialami Noor Batrisyia Ramlan, 2, sejak lahir lagi.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sejurus tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini malam tadi untuk lawatan kerja selama dua hari di negeri ini.

Dengan itu, Noor Batrisyia yang kini tidak dapat mendengar akan dapat menjalani pembedahan implan koklea tidak lama lagi yang menelan kos sebanyak RM120,000.

Menurut Ahmad Zahid, derma yang disampaikannya itu adalah tanda keprihatinan individu terbabit terhadap nasib Noor Batrisyia, dengan kesedaran penyakit kronik seperti itu harus ditangani segera.

Jika berlaku kelewatan dalam rawatan, ia akan mengakibatkan risiko yang tinggi dan derma yang saya sampaikan ini adalah sebagai tanda keprihatinan beliau (penderma),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan derma tersebut.

Ayah Noor Batrisyia, Ramlan Abdul Hamid, 24, bersama isteri, Alis Rama Affendi dari Miri ketika ditemu bual turut menyampaikan penghargaan di atas sumbangan yang disampaikan Ahmad Zahid.

Kami tidak menyangka dapat bantuan sehingga ke tahap ini, terima kasih kepada penderma,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting yang mengusahakan kutipan derma untuk membantu Noor Batrisyia mendapatkan implan koklea berkata, sumbangan yang disampaikan Ahmad Zahid berjaya memenuhi dana diperlukan, di mana sebelum ini jumlah derma yang dikumpul ialah RM67,000.

Justeru, Sebastian yang juga Presiden Persatuan Implan Koklea Sarawak berkata beliau akan segera menguruskan pembedahan implan koklea ke atas Noor Batrisyia yang dijangka dijalankan di Hospital Miri.

Dengan jumlah derma yang ada sekarang, saya yakin Noor Batrisyia akan dapat menjalani pembedahan implan koklea.

Namun, bila ia dijalankan bergantung kepada doktor pakar dari Kuching yang akan melakukan pembedahan,” jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement