Anda di sini

15 jelitawan mara ke pusingan akhir Miss Ethnic Riverside

Advertisement
 (Dari kiri) Vivana, Angelina, Shatinie, Marianne dan Philomena.
KUMANG IBAN: (Dari kiri) Vivana, Angelina, Shatinie, Marianne dan Philomena.

SERAMAI 15 jelitawan dari tiga kategori mara ke pusingan akhir Miss Ethnic Riverside yang akan diadakan di Pusat Beli-Belah Riverside pada 15 Julai ini, bermula jam 12 tengah hari.

Finalis atau peserta lima teratas untuk kategori Dayung Sangon Bidayuh ialah Natasha Sunaan, Vanessa Tirella Petrus, Padrona Poli, Helen Mahes dan Lorenna Lulong, manakala Viviana Lin Winston, Angelina Anie Angon, Shatinie, Marianne Jane Maria dan Philomena Bretney akan bersaing dalam kategori Kumang Iban.

Kategori Keligit Orang Ulu pula bakal menyaksikan persaingan antara Melanie De Mensko, Jzjoanaskki Jugah, Allysia Thumbin Anthony, Siti Nurfazzira Abu Bakar and Hani Khairani Majid

Pada pusingan separuh akhir, Vivana, Helen, Lorenna, Melanie, Allysia, Jzjoanaskki masing-masing memenangi gelaran Miss Photogenic, Miss Popular, Miss Elegant, Beautiful Body, Miss Natural Beauty.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Caroline Kueh, yang merupakan naib johan Miss Sarawak Ethnic National Queen 2016, Shastaclaire Drickerson (pemenang Miss Harvest 2017), Marie Alexander (pemenang Dayung Pimaguh Siburan 2017) dan Enette Faith (pemenang Miss Sarawak Earth 2017).

Manakala barisan hakim terdiri daripada Priscilla Hyginus, Alice Stephen, Wagner John, Juliet Malek, Bridget Bulan Taja dan Michualla Maddy.

Anjuran Pusat Beli-Belah Riverside dan Persatuan Warisan Bumi Kenyalang Kuching selaku penganjur bersama, pertandingan itu terbuka kepada semua gadis berusia 13 hingga 18 tahun dari mana-mana kaum di Malaysia sebagai sebahagian daripada sambutan Gawai 2017.

Ia disokong Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sarawak, pengurusan Tebingan Kuching dan ditaja oleh Mary Kay, Neumaxx, Lea  Centre, Lotus Five Star Riverside, Austin Car Accessories, Hotel Riverside Majestic, Hotel Grand Margherita, M.R D.I.Y, Manoy Handicraft dan Persatuan Kreatif Sarawak.

 (Dari kiri) Melanie, Allysia, Jzjoanaskki, Siti Nurfazzira dan Hani.
KELIGIT ORANG ULU: (Dari kiri) Melanie, Allysia, Jzjoanaskki, Siti Nurfazzira dan Hani.
 (Dari kiri) Natasha, Vanessa, Padrona, Helen dan Lorenna.
DAYUNG SANGONG BIDAYUH: (Dari kiri) Natasha, Vanessa, Padrona, Helen dan Lorenna.
Advertisement