Anda di sini

Penarik kereta diperintah bela diri

Advertisement

KUALA LUMPUR: Mah-kamah Tinggi di sini semalam sekali lagi memerintahkan penarik kereta, Koong Swee Kwan untuk membela diri atas pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank), Hussain Ahmad Najadi, pada 2013.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman yang membuat keputusan di akhir kes pendakwaan itu berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap Koong, 48.

Dalam penghakimannya, beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendengar keterangan daripada 15 saksi pendakwaan yang jelas membuktikan bahawa Koong mempunyai niat untuk membunuh Hussain.

“Berdasarkan keterangan saksi, mangsa ditembak beberapa kali di bahagian dada dari jarak dekat oleh tertuduh dan mangsa meninggal dunia sebab kecederaan yang dialaminya iaitu kesan tembakan.

“Berdasarkanan keterangan saksi, tertuduh juga berniat cuba membunuh isteri mangsa, Cheong Mei Kuan,” kata beliau yang turut memerintahkan tertuduh membela diri terhadap pertuduhan cuba membunuh Cheong. 

Mahkamah juga mendapati perbuatan tertuduh dilakukan dengan pengetahuan bahawa perbuatannya begitu bahaya dan boleh menyebabkan kematian.

Mahkamah menetapkan 17 dan 25 Ogos untuk mendengar pembelaan Koong. Teruduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Pembelaan akan mengemukakan lima saksi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kerea Tokong Cina Kuan Yin di No 4, Lorong Ceylon di sini antara 1.30 tengah hari dan 2 petang pada 29 Julai 2013 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Dia turut didakwa cuba membunuh Cheong di tempat dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Pada 5 Sept 2014, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman mati terhadap Koong selepas mendapatinya bersalah atas tuduhan membunuh Hussain dan penjara 18 tahun atas pertuduhan cuba membunuh isteri Hussain.

Bagaimanapun pada 4 Dis 2016, Mahkamah Persekutuan mengembalikanÂ kes itu Ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan semula selepas mengetepikan sabitan dan hukuman gantung sampai mati ke atas tertuduh.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Koong terhadap sabitan dan hukuman itu.

Oleh itu, ini kali kedua Koong diperintahkan membela diri terhadap pertuduhan itu. — bernama

Advertisement