Anda di sini

Lelaki mengaku tidak bersalah cuba curi alat penyembur air bertekanan tinggi

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam terhadap tuduhan cuba mencuri satu unit alat penyembur air bertekanan tinggi.

Lai Yun Onn, 27, dari Jalan Kuching Timur 3, Taman Tunku di sini telah didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tiga setengah tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh cuba mencuri satu unit penyembur air bertekanan tinggi jenama Densin kepunyaan Michael Kong Fuk Khiong, 50.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.40 malam, 6 Julai lalu di sebuah lot di Jalan Edar Piasau Garden di sini.         

Mahkamah menetapkan 21 Julai ini untuk pengurusan kes.

Manakala tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan 2,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Advertisement