Anda di sini

CEO didakwa buat tuntutan palsu

Advertisement
 Shuhaimi didakwa di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan menggunakan lima invois palsu bagi tuntutan bayaran insentif pengeluaran benih padi berjumlah RM118,944 enam tahun lepas. — Gambar Bernama
DIBICARAKAN: Shuhaimi didakwa di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan menggunakan lima invois palsu bagi tuntutan bayaran insentif pengeluaran benih padi berjumlah RM118,944 enam tahun lepas. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat pembekal benih padi didakwa di Mahkamah Sesyen di siniÂ semalam atas lima pertuduhan menggunakan lima invois palsu bagi tuntutan bayaran insentif pengeluaran benih padi berjumlah RM118,944 , enam tahun lepas.

Shuhaimi Ahmad, 57, yang merupakan CEO Syarikat Paddytech Resources Sdn Bhd, mengaku tidak bersalah atas kelima-lima pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, Shuhaimi didakwa telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu invois syarikat itu untuk tuntutan bayaran insentif pengeluaran benih padi sah yang mana kesemua invois itu adalah palsu.

Dia dituduh melakukanÂ kesemua kesalahan itu di Bahagian Industri Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Wisma Tani, Lot 4G1, Presint 4, Putrajaya pada 20 Dis 2012.

Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun Â sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Farah Yasmin Salleh menawarkan wang jaminan RM50,000 bagi kelima-lima pertuduhan dan memohon mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam Samry Masri, yang mewakili tertuduh, memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya kini tidak bekerja dan mempunyai empat orang anak menghidap penyakit kronik jantung, darah tinggi dan kencing manis.

“Tertuduh juga memberi kerjasama yang baik kepada pihak SPRM dan tidak mempunyai kebarangkalian untuk tidak menghadirkan diri pada perbicaraan di mahkamah,” kata Samry.

Madihah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin beserta syarat tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 16 Ogos ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. — Bernama

Advertisement