Anda di sini

Rentak Pengabang giat lonjakkan nama dalam industri muzik Iban

Advertisement
 Rentak Pengabang merupakan pendatang baharu industri muzik Dayak.
PENDATANG BAHARU: Rentak Pengabang merupakan pendatang baharu industri muzik Dayak.
 Rentak Pengabang bersama krew-krew mereka ketika menjadi artis undangan di Pakan.
MANTAP: Rentak Pengabang bersama krew-krew mereka ketika menjadi artis undangan di Pakan.

SIBU: Rentak Pengabang, pendatang baharu dalam industri muzik Iban terus giat melonjakkan namanya dalam industri muzik Iban.

Sebagai sebuah band Dayak dari Sibu yang dianggotai penuh oleh empat orang anak muda kelahiran Sibu iaitu Wandie Alie selaku vokalis/drummer, Brandon (gitar utama), Nariey (gitar kedua) dan Nicholas (bassist), mereka berjaya menghasilkan lagu ‘single’ sendiri.

Pada 3 Jun lalu, mereka menerbitkan single pertama mereka di Youtube berjudul ‘Ninjau Nuan’ yang dicipta oleh komposer kelahiran Kanowit, Nicklesdom manakala liriknya ditulis sendiri oleh Wandie Alie.

Menurut Wandie ketika dihubungi baru-baru ini, lagu yang dicipta sekitar tahun 2012 yang menjadi taruhan pertama mereka dalam industri muzik Dayak itu turut mendapat sentuhan dan kerjasama daripada pengubah muzik terkenal Dayak iaitu Cami Tan dari Ranyai Studio Kuching dari segi susunan semula muziknya manakala sesi rakaman akhir vokal dan Mixing/Balancing (pengadunan) pula mendapat sentuhan penyanyi muda Dayak iaitu Dicky J Ding dan sesi rakaman dilakukan di CJNR Studio milik Jeff Adeng (Emperor Band).

Kami memulakan langkah dalam dunia muzik pada tahun 2005 di bawah nama terdahulu Mixxcell Band yang ditubuhkan oleh pengurus utama mereka Ali Mual.

Pada awalnya kami dianggotai oleh Rolland Asung, Christopher Sebu, Justine Henry dan Hilary Pulis bergerak sebagai sebuah band pengiring majlis keramaian seperti perkahwinan, majlis atau keramaian tertentu di rumah panjang, majlis parti-parti politik dan sebagainya di bawah kendalian Ali Mual yang juga datuk saya,” ujarnya.

Beliau berkata, sekitar tahun 2008 dia mula menyertai band tersebut sebagai drummer manakala Brandon sebagai gitaris, Wiell sebagai gitaris, disusuli oleh Nicholas sebagai bassist.

Tahun 2009 dan 2010, saya mula mencari bakat bakat muda dan menubuhkan Mixxxel Junior sebagai band pelapis kepada Mixxcell Band waktu itu.

Mixxcell Junior dianggotai empat orang anak jati dari Durin, Sibu iaitu Garidh Ajai sebagai gitar utama, Alex Sunting (gitar kedua), Agam (Bassist) dan Leo Alfonso (drummer),” jelasnya lagi.

Sepanjang tahun 2008 sehingga 2011, katanya, mereka mendapat pelbagai jemputan mengiring majlis sekitar Kanowit, Julau, Durin, Sibu sehingga ke Sarikei.

Setiap perjalanan sebuah kumpulan ataupun band pasti ada pasang surutnya. Pada 2011, Mixxcell Junior dibubarkan sepenuhnya atas sebab anggota menyambung pelajaran dan mendapat perkerjaan tetap manakala Garidh Ajai diserap masuk ke dalam Mixxcell Band sebagai gitaris.

Pada tahun 2015, kami membuka langkah baharu apabila menukar nama kumpulan dari Mixxcell ke Rentak Pengabang. Nama baharu itu yang membawa maksud ‘Irama Tetamu’ yang bererti di mana jua kami pergi menghiburkan majlis, kami membawa pelbagai irama untuk semua sebagai tetamu.

Nama tersebut diilhamkan oleh gitaris utama kami kini iaitu Brandon,” tambahnya lagi.

Dari situ mereka mula membentuk kembali kumpulan dan mula mendapat banyak undangan ke majlis-majlis tertentu dan pada tahun 2016 mereka turut membuat persembahan di pentas Pesta Rakyat Kanowit dan Pesta Rakyat Pakan.

Dalam masa yang sama, Rentak Pengabang turut menambah beberapa anggota baharu seperti Nariey bagi menggantikan Wiell yang berehat bagi memberi tumpuan pada karier beliau dan Nissa sebagai vokalis wanita pertama Rentak Pengabang, sedikit sebanyak semenjak dari itu nama kami kian dikenali umum,” katanya.

Menurutnya lagi, awal tahun 2017 anggota utama kumpulan mula memberi tumpuan pada karier tetap masing-masing di mana dia sendiri turut berhijrah ke Kuala Lumpur setelah mendapat tawaran pekerjaan di sana.

Sebagai sebuah band, ujarnya, keluar masuk ahli itu merupakan lumrah dalam dunia band.

Akhirnya, Garidh memutuskan untuk memberi tumpuan pada karier beliau dan mengumumkan keluar dari band kami, jelasnya.

Namun perjalanan band kami tidak berakhir di situ dan pada bulan Jun 2017, sewaktu saya balik bercuti kami akhirnya berjaya menyiapkan ‘single’ pertama kami iaitu berjudul ‘Ninjau Nuan’.

Kini lagu tersebut sudah boleh didengar di Youtube dan beberapa stesen radio tempatan,” katanya.

Wandie memberitahu harapan mereka dalam industri muzik Dayak ialah melahirkan album sebanyak mungkin dan yang paling utama mereka ingin melahirkan karya-karya baharu yang bakal dibawa oleh penyanyi yang akan bernaung atau bekerjasama dengan mereka kerana mereka bukan sekadar sebuah band.

Kami juga berhasrat untuk menjadi sebuah kumpulan produksi melahirkan artis-artis baharu di mana saya juga turut berkemahiran dalam kerja-kerja produksi seperti jurubunyi, penyuntingan, pengadunan dan jurukamera,” ujarnya.

Bagi yang ingin mengundang Rentak Pengabang untuk membuat persembahan apa-apa majlis atau sebagai artis undangan, bolehlah menghubungi Wandie di talian 019-4394540 atau pengurus mereka Unau Rentak Pengabang (011-60961455).

Mereka yang ingin mengetahui lanjut mengenai perkembangan atau pergerakan Rentak Pengabang juga bolehlah melayari FB Page mereka iaitu Rentak Pengabang Band.

 Rentak Pengabang ketika mengadakan persembahan.
BERTENAGA: Rentak Pengabang ketika mengadakan persembahan.
  • oleh
  • Advertisement