Anda di sini

Mahkamah tangguh 9 Ogos sebutan lanjut kes bunuh

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret di sini menangguhkan sehingga 9 Ogos depan untuk sebutan lanjut kes seorang lelaki yang dituduh membunuh seorang jiran.

Manakala tertuduh diperintahkan supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarkan permohonan pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan satu tarikh baharu sebutan lanjut kes itu memandangkan laporan bedah siasat dan laporan kimia berhubung barang kes masih belum siap.

James Francis Sandin, 29, dari L/S 384 Kampung Pasir, Lutong dituduh melakukan pembunuhan sehingga menyebabkan kematian Jaya Nyandang, 51.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, pada 19 Mac lalu di rumahnya di L/S 384 Kampung Pasir Lutong di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Advertisement