Anda di sini

Ibu dan abang direman bantu siasatan kematian kanak-kanak

Advertisement
 Ibu dan abang kepada kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang ditemukan mati di bilik sewa di Jalan Ros, Segamat direman selama tujuh hari bermula semalam. — Gambar Bernama
DIREMAN: Ibu dan abang kepada kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang ditemukan mati di bilik sewa di Jalan Ros, Segamat direman selama tujuh hari bermula semalam. — Gambar Bernama

SEGAMAT: Ibu dan abang seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang ditemukan mati di bilik sewa di Jalan Ros dekat sini, direman tujuh hari bermula semalam. 

Tempoh reman hingga 16 Julai itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Ahmad Shakib Ismail di Mahkamah Majistret Segamat, di sini kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Wanita berstatus ibu tunggal berusia 42 tahun dan anaknya berumur 23 tahun yang dipercayai lembam itu dibawa ke mahkamah berkenaan dengan berpakaian lokap berwarna oren.

Semalam, kanak-kanak malang itu ditemukan mati dengan beberapa kesan lebam pada belakang badan dan kepala oleh ibunya di bilik sewa tingkat tiga premis rumah kedai dekat sini kira-kira jam 1 pagi, kelmarin.

Mangsa yang dibawa ke wad kecemasan Hospital Segamat itu disahkan meninggal dunia sebelum sempat diberikan rawatan. — Bernama

Advertisement