Anda di sini

Culik: Dua penganggur dihadapkan ke mahkamah

Advertisement
 B.Haresh (dua kiri) dan M.J Richardass (tiga kiri) dihadapkan di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan menculik seorang pemilik restoran pada 29 Jun lalu. — Gambar Bernama
DIBICARAKAN: B.Haresh (dua kiri) dan M.J Richardass (tiga kiri) dihadapkan di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan menculik seorang pemilik restoran pada 29 Jun lalu. — Gambar Bernama

KLUANG: Dua penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan menculik seorang tauke restoran bulan lepas.

Tertuduh B. Haresh, 26, dan M.J Richardass, 28, dan K Prem Rao, 26, yang kini masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu secara bersama pada 29 Jun lepas kira-kira jam 6 pagi semasa mangsa, seorang lelaki berusia 32 tahun, dalam perjalanan ke rumahnya di Simpang Renggam dekat sini.

Kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. 

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup atau dikenakan sebatan.

Kedua-duanya hanya mengangguk faham dan tidak membuat sebarang pengakuan ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Kedua-dua tertuduh juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 7 Ogos depan bagi mengemukakan laporan-laporan berkaitan termasuk laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Afiq Zuber manakala tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama

Advertisement