Anda di sini

Kota Lama Hebron tapak warisan dunia

Advertisement
 Seorang lelaki Palestin dan anaknya kelmarin melihat penempatan haram peneroka Yahudi yang melatari Tebing Barat, Hebron. — Gambar Reuters
ITU TANAH KAMI: Seorang lelaki Palestin dan anaknya kelmarin melihat penempatan haram peneroka Yahudi yang melatari Tebing Barat, Hebron. — Gambar Reuters

Penetapan UNESCO atas tuntutan Palestin cetus kemarahan penjajah rejim Israel

WARSAW: UNESCO kelmarin mengisytiharkan Kota Lama Hebron sebuah tapak war i san duni a Palestin yang terancam, seterusnya mencetuskan kemarahan rejim Israel yang berkata keputusan itu menafi kan tuntutannya ke atas gua pengebumian purba yang juga suci bagi orang Muslim.

 Makam Patriark, dikenali dalam Islam sebagai Masjid Ibrahami, dihormati penganut kedua-dua agama sebagai tapak perkuburan patriark Abraham (Nabi Ibrahim), anaknya Isaac (Nabi Ishak) dan cucunya Jacob (Nabi Yaakub).

 Cabang kebuda y a a n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi 12 berbalas tiga dengan enam pengecualian untuk memberi status warisan dunia kepada teras kota purba itu di Tebing Barat yang masih dijajah Israel dan didiami lebih 200,000 orang Palestin dan beberapa ratus peneroka haram Yahudi yang dilindungi tentera rejim.

 “Baharu ditulis dalam @ UNESCO #Senarai Warisan Dunia & Senarai Warisan Dunia dalam Bahaya: Hebron/ Bandar Lama Al-Khalil,” kata organisasi itu dalam saluran Twitter rasminya.

 Undian itu mengundang kecaman tajam Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang menganggap ia sebagai satu lagi keputusan yang memperdayakan oleh UNESCO, manakala Amerika Syarikat (AS) mengumumkan ia akan meneliti semula hubungan dengan agensi tersebut.

 “Ka l i i n i me r e k a memutuskan Makam Patriark di Hebron adalah tapak Palestin, yang bermakna bukan tapak Yahudi, dan ia dalam bahaya,” kata Netanyahu yang bercakap dalam bahasa Ibrani dalam video dalam talian.

 Sementara itu, duta AS ke PBB Nikki Haley menyifatkan keputusan itu sebagai satu penghinaan kepada sejarah.

 AS berhenti membiayai UNESCO pada 2011 selepas ia memasukkan Palestin sebagai negara anggota, tetapi masih menjadi ahli lembaga eksekutif badan tersebut yang mempunyai 58 anggota.

 Dikemukakan Palestin, ketetapan itu mengisytiharkan Kota Lama Hebron sebagai kawasan dengan nilai sejagat luar biasa.

 Ketetapan dipercepat kerana tapak itu terancam, di mana Palestin menuduh rejim melakukan pelanggaran yang membimbangkan termasuk vandalisme dan kerosakan harta benda.

 Kementerian luar Palestin menganggap keputusan kelmarin sebagai kejayaan dalam usaha diplomatiknya walaupun rej im I s rael melancarkan kempen untuk menyebarkan pembohongan dan memutar belit fakta mengenai hak Palestin.

 Israel sudah lama menuduh PBB berat sebelah dan beberapa pertikaian menyasari pertubuhan itu, di mana Presiden Palestin Mahmud Abbas cuba memperjuangkan negaranya.

 Me i l a lu, UNESCO meluluskan ketetapan yang mengecam peranan Israel sebagai ‘kuasa penjajah’ di timur Baitulmaqdis dalam satu lagi keputusan yang dikecam rejim yang menganggap seluruh kota itu sebagai ibu kotanya.

 Hebron didakwa sebagai salah satu kota paling lama di dunia, bermula zaman Chalcolith, lebih 3,000 tahun Sebelum Masihi.

 Pada pelbagai zaman, ia pernah ditakluki bangsabangsa Romawi, Yahudi, Pejuang Salib dan Mamluk.

 Ia juga merupakan simbol ketara konf l ik I s rael - Palestin.

 Beberapa ratus peneroka Yahudi hidup dalam keadaan t e r tutup di bebe r apa penempatan kecil haram dan penduduk Palestin umumnya dilarang memasuki dan menggunakan jalan-jalan berdekatan.

 Israel merampas Tebing Barat sewaktu Perang 1967 dalam tindakan yang dianggap menyalahi undang-undang oleh PBB.

 Jawatankuasa UNESCO biasanya mengundi dengan mengangkat tangan tetapi kali ini, Croatia, Jamaica dan Poland meminta undian rahsia, yang mencetuskan perbincangan hangat yang memaksa pengerusi memanggil pengawal keselamatan.

 Satu lagi insiden menarik berlaku apabila duta Israel ke UNESCO Carmel Shama Hacohen yang berucap selepas undian tetapi asyik diganggu deringan telefon bimbitnya.

 “Tuan Pengerusi, panggilan daripada tukang paip dari pangsapuri saya di Paris, tandas saya ada masalah besar.

 “Dan ia jauh lebih penting daripada keputusan yang baharu anda luluskan,” sindirnya.

 Duta Israel ke PBB Danny Danon turut mengulas mengenai undian itu yang disifatkannya memalukan dan menyinggung perasaan.

 “Ini adalah satu pertunjukan diskriminasi hodoh dan tindakan keganasan ke atas bangsa Yahudi.

 “Tiada @agensi PBB yang dapat memisahkan bangsa kami dari tapak pengebumian pat r iark dan mat r iar k kami.

” Dengan menyenaraikan tapak dalam senarai Warisan Duni a da l am Bahaya , UNESCO mahu menggerakkan masyarakat antarabangsa untuk melindunginya sekali gus membolehkan peruntukan bagi bantuan segera daripada Tabung Warisan Dunia untuk tapak berkenaan.

 Awal minggu ini, jawatankuasa menambah pusat bersejarah di Vienna ke dalam senarai tapak terancam tetapi enggan menyenaraikan Terumbu Karang Besar di Australia di sebalik kebimbangan mengenai pelunturan karang.

 — AFP

Advertisement