Anda di sini

Pemandu lawan arus, rempuh empat kereta

Advertisement
 Empat kereta rosak di bahagian tepi selepas dilanggar suspek yang memandu secara melulu dan melawan arus.
KEMEK: Empat kereta rosak di bahagian tepi selepas dilanggar suspek yang memandu secara melulu dan melawan arus.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental tidak stabil memandu secara melulu sehingga melanggar empat kereta di laluan bertentangan di Aras 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, kemalangan menyebabkan empat kereta, iaitu Peugeot, Perodua Myvi, Perodua Axia dan Kia Sorento yang diletakkan di tepi jalan mengalami kerosakan.

“Siasatan awal kejadian jam 8.15 malam itu mendapati suspek berumur 50 tahun bersama isterinya menaiki kereta jenis Isuzu D-Max dari arah Papar menuju ke pusat bandar.

“Suspek secara tiba-tiba memandu melawan arus sehingga melanggar tiga kenderaan yang diletakkan di tepi jalan susur keluar di aras berkenaan,” katanya.

Chandra berkata impak pelanggaran menyebabkan kesan calar serta kemek pada bahagian tepi kereta terbabit. Bagaimanapun, tiada pemandu cedera.

“Siasatan lanjut mendapati kemalangan disebabkan kecuaian suspek yang memandu secara melulu dan berbahaya sehingga membahayakan pengguna jalan lain,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement