Anda di sini

Gegaran susulan cetus panik di Filipina

Advertisement
 Anggota penyelamat mencari penduduk yang terperangkap dalam bangunan yang runtuh selepas gempa bumi sekuat 6.5 pada skala Richter menggoncang bandar Kananga, wilayah Leyte di tengah Filipina kelmarin. — Gambar AFP
BERTINDAK PANTAS: Anggota penyelamat mencari penduduk yang terperangkap dalam bangunan yang runtuh selepas gempa bumi sekuat 6.5 pada skala Richter menggoncang bandar Kananga, wilayah Leyte di tengah Filipina kelmarin. — Gambar AFP

MANILA: Penduduk me-ninggalkan rumah mereka dalam keadaan panik semalam ketika gegaran susulan melanda tengah Filipina sehari selepas gempa bumi sekuat 6.5 pada skala Richter mengorbankan dua nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 72 lain, kata pihak berkuasa.

Anggota penyelamat menarik keluar 13 yang terperang-kap dari sebuah bangunan komersil yang runtuh pada lewat kelmarin di bandar Kananga di pulau Leyte, berhampiran kepusatan gempa tersebut, kata pegawai tempatan.

Tiga daerah di wilayah ini masih tanpa bekalan elektrik sementara semua sekolah ditutup di Leyte ketika pihak berkuasa memeriksa kerosa-kan.

“Beberapa penduduk lari keluar dari rumah mereka ketika berasakan gegaran susulan tersebut. Segelintir telah panik namun ramai yang masih tenang kerana kami baharu sahaja mengadakan latihan kecemasan gempa bumi dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan pada masa bencana tersebut,” juru-cakap Pejabat Pertahanan Awam wilayah Pebbles Lluz memberitahu AFP.

Dua kematian adalah seorang wanita berusia 18 tahun yang ditimpa serpihan bangunan runtuh di Bandar Ormoc di Lete, sementara satu mayat lagi dikeluarkan dari bangunan runtuh di Kananga.

Gempa bumi turut merosakkan beberapa rumah dan sekolah, meninggalkan retakan pada lebuh raya dan menyebabkan tanah runtuh, kata pihak berkuasa.

Loji geoterma di Leyte, sumber kuasa utamanya, turut terjejas, menurut kerajaan wilayah.

Syarikat penerbangan tempatan sudah membatalkan penerbangan ke bandar Ormoc di pulau Leyte.

“Pusat gempa bumi adalah di kampung pergunungan maka kami akan hanya mendapat gambaran yang lebih jelas tentang impak sebaik sahaja kami sampai ke kawasan tersebut,” Mina Marasigan, jurucakap agensi yang mengawasi bencana di Filipina, memberitahu AFP.

Gempa bumi melanda pada kedalaman kira-kira enam kilometer, kata US Geological Survey (USGS).

Pada Februari lepas, gempa bumi sekuat 6.5 pada skala Richter mengorbankan lapan nyawa dan menyebabkan lebih 250 tercedera di luar bandar selatan Surigao.

Bulan berikutnya satu gegaran sekuat 5.9 pada skala Richter mengorbankan seorang di sana.

Sebelum tragedi di Surigao, gempa bumi maut terakhir yang melanda negara Asia Tenggara ini adalah gegaran sekuat 7.1 pada skala Richter yang menyebabkan lebih 220 terkorban dan memusnahkan beberapa gereja bersejarah di pulau tengah pada Oktober 2013.

Filipina terletak di kawasan yang dikenali sebagai Lingkaran Api, sebuah wilayah luas Lautan Pasifik di mana banyak gempa bumi dan letusan gunung berapi berlaku. — AFP

Advertisement