Anda di sini

Militan prokerajaan Maduro merusuh

Advertisement

Serbu Dewan Negara dikuasai pembangkang, tujuh anggota perundangan cedera

 Penyokong kerajaan memegang bendera negara             ketika bertempur dengan anggota perundangan di luar Dewan Negara di Caracas, Venezuela kelmarin. — Gambar Reuters
HURU-HARA: Penyokong kerajaan memegang bendera negara ketika bertempur dengan anggota perundangan di luar Dewan Negara di Caracas, Venezuela kelmarin. — Gambar Reuters

CARACAS: Anggota militan prokerajaan di Venezuela yang membawa belantan dan paip menyerbu Dewan Negara yang dikuasai pembangkang kelmarin, menye-rang anggota perundangan dan mencederakan tujuh orang, termasuk tiga dengan darah yang mengalir dari kepala mereka.

Sesi perundangan khas sempena hari kemerdekaan itu bertukar menjadi satu serangan ganas selama sembilan jam apabila penyokong presiden haluan kiri Nicolas Maduro menutup bangunan dan menghalang 350 anggota perundangan, kakitangan dan lain-lain daripada meninggalkannya.

Polis pada mulanya tidak campur tangan tetapi akhir-nya menyertai askar untuk menjauhkan perusuh dan membenarkan anggota per-undangan untuk meninggalkan dewan.

Serangan itu adalah episod terbaharu dalam keganasan politik yang huru-hara selama tiga bulan di negara yang miskin walaupun kaya dengan sumber minyak itu dan menyaksikan 91 terbunuh dalam pertelingkahan dengan polis.

Penunjuk perasaan me-nyalahkan Maduro bagi krisis ekonomi yang mendesak dan menyebabkan kekurangan makanan dan ubat-ubatan. Maduro pula mendakwa huru-hara itu adalah konspirasi pembangkang yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS).

Maduro yang tidak popular, dan mengecam keganasan berkenaan, berdepan dengan tuntutan pembangkang agar diadakan pilihan raya untuk menyingkirkannya dari jawatan presiden.

Saya mengecam sama sekali perbuatan ini. Saya tidak akan bersubahat dengan sebarang tindakan ganas,” kata Maduro dalam satu ucapan pada perarakan tentera di Caracas.

Saya sudah mengarahkan siasatan, dan semoga keadilan ditegakkan.”

Polis tentera yang me-ngawal Dewan Negara berdiri sahaja apabila kira-kira 100 penceroboh yang membawa belantan dan paip, dan seorang daripada mereka membawa sepucuk pistol, melanggar pagar depan pada lewat pagi dan memasuki taman dalaman dan kemudian bangunan itu sendiri.

Perusuh memasuki koridor bangunan kongres berke-naan, memukul anggota per-undangan, meledakkan bom kejutan, dan mengarahkan wartawan untuk meninggalkan premis tersebut.

Anggota perundangan mengurung diri di dalam bilik dengan perabot dan hamparan. Apabila segalanya berakhir, tompokan darah membasahi dinding.

Pembangkang berkata tujuh anggota perundangan cedera dan lima perlu di-masukkan ke hospital. Dua pekerja Dewan Negara turut cedera.

Ini tidak sesakit melihat negara kita setiap hari bagaimana kita semakin kehilangan negara kita,” kata anggota perundangan Armando Armas kepada pemberita ketika beliau memasuki ambulans dengan kepala yang dibaluti pembalut yang berdarah.

Dalam serbuan kemudian, penyokong kerajaan yang berkumpul di pagar menjerit “pembunuh” dan “pengganas” kepada anggota perundangan pembangkang di dalam. Pada satu ketika, anggota perundangan Williams Davila dari Suruhanjaya Hal Ehwal Luar memberitahu pemberita, “kami telah diculik”.

Polis dengan perisai melin-dungi mereka ketika mereka akhirnya berjalan keluar dari bangunan terbabit.

Jabatan Kerajaan AS me-ngecam serangan itu sebagai “serangan ke atas prinsip demokrasi yang dihargai lelaki dan wanita yang berjuang untuk kemerdekaan Venezuela 206 tahun yang lalu pada hari ini”.

Ia turut mengkritik “pe-merintahan Maduro yang semakin autoritarian”.

Terdahulu Naib Presiden Tareck El Aissami membuat penampilan yang tidak dirancang di Dewan Negara bersama ketua angkatan tentera, Vladimir Padrino Lopez.

Dalam ucapan yang ringkas El Aissami berkata beliau berada dalam satu cabang kerajaan yang telah “diculik oleh oligarki sama yang mengkhianati” wira kemerdekaan Simon Bolivar.

Beliau turut menyeru kepada penyokong Maduro untuk datang ke dewan perundangan itu dan me-nunjukkan sokongan kepada presiden itu.

Orang ramai yang pro-kerajaan berhimpun di luar bangunan selama beberapa jam sebelum mereka me-masuki kawasan dewan ketika waktu rehat.

Kita tidak akan ditakuti oleh perbuatan ganas ini. Tidak ada orang di sini yang akan menyerah kepada pemerintahan diktator ini,” kata ahli perundangan kanan pembangkang Freddy Guevara. — AFP

Advertisement