Anda di sini

Macron sokong penyelesaian dua negara di Timur Tengah

Advertisement
 Macron (dua kanan) mengalu-alukan kunjungan Abbas (tiga kiri)                          ke Istana Elysee di Paris, Perancis kelmarin. — Gambar Reuters
SELAMAT DATANG: Macron (dua kanan) mengalu-alukan kunjungan Abbas (tiga kiri) ke Istana Elysee di Paris, Perancis kelmarin. — Gambar Reuters

PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata beliau menyokong penyelesaian dua negara untuk menamatkan konflik di Timur Tengah ketika beliau menerima kunjungan Presiden Palestin Mahmoud Abbas ke Istana Elysee kelmarin.

Macron, yang bercakap secara terbuka mengenai isu itu buat pertama kali, berkata sebarang persetujuan “mesti mengiktiraf hak sah bangsa Palestin untuk memiliki negara yang merdeka, tetapi turut memastikan keselamatan Israel”.

Alternatif berdaya maju kepada penyelesaian dua negara tidak ada,” katanya dan menambah “tetapi pada hari ini, penyelesaian ini diancam baik di lapangan mahupun dalam fikiran orang ramai”.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan pada Jun lalu bahawa Israel telah meng-umumkan penambahan penempatan yang banyak sejak tiga bulan lalu walaupun satu ketetapan PBB menuntut pemberhentian penempatan luar Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki Israel.

Macron berkata “Perancis selama ini mengecam kerja membina penempatan yang berterusan, yang menyalahi undang-undang antarabangsa, dan sudah mencapai tahap luar biasa sejak awal tahun ini”.

Beliau membuat kenya-taan itu selepas Donald Trump menyeru kepada rakyat Israel dan penduduk Palestin untuk berkompromi demi keamanan, dengan menyatakan beliau “komited secara peribadi” kepada usaha untuk membantu Israel mencapai persetujuan dengan pihak Palestin.

Presiden Amerika Syarikat (AS) itu, yang bercakap ketika beliau melawat Timur Tengah pada Mei lalu, tidak menyebut secara khusus tentang penyelesaian dua negara, yang sudah lama menjadi fokus usaha antarabangsa dan diplomasi AS di Timur Tengah.

Macron dan Abbas berkata mereka akan me-nyokong Trump dalam usahanya untuk menamat-kan kebuntuan.

Presiden Abbas mengesahkan semula keinginannya untuk “bekerja dengan Donald Trump bagi mencapai persetujuan keamanan yang bersejarah berdasarkan penyelesaian dua negara”. — AFP

Advertisement