Anda di sini

Kes bunuh babit inspektor polis disebut semula 24 Ogos

Advertisement
 Tertuduh dibawa keluar dari bilik mahkamah oleh polis.
TANGGUH: Tertuduh dibawa keluar dari bilik mahkamah oleh polis.

SERIAN: Mahkamah Majistret di sini semalam menangguhkan kes pembunuhan yang melibatkan seorang inspektor polis sehingga 24 Ogos untuk sebutan semula.

Mohammad Sohffian Abu Hassan hadir di hadapan Majistret Marutin Pagan yang mengarahkannya untuk terus ditahan di penjara sementara menunggu penyelesaian kes itu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, yang kelihatan tidak diwakili, kerana kes itu akan didengar di Mahkamah Tinggi.

Tertuduh berusia 37 tahun itu didakwa membunuh Sit Nadrah Abdullah, 33, dengan menembaknya di Kampung Kakai di sini pada sekitar jam 3.15 petang pada 21 Mei lalu.

Kesalahan tersebut adalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan.

Tertuduh ditangkap oleh polis di sebuah rumah di Batu Kawa selepas dia melarikan diri dari tempat kejadian.

Advertisement