Anda di sini

Filem ‘Nota’ lakonan Maya Karin, Hans Isaac di TV2

Advertisement
__alt__

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot terbaharu Layar Asia bakal menyiarkan filem tempatan arahan pengarah Jepun Yasu Tanaka bertajuk ‘Nota’.

Dibintangi pelakon terkenal Hans Isaac, Maya Karin, Ramli Hassan dan Rin Izzumi, filem menemui penonton di pawagam sekitar tahun 2015 ini tampil dengan genre ‘phychological thriller’, misteri dan jenayah.

Filem terbitan 42nd Pictures yang pertama ini menemui penonton pada 8 Julai ini, jam 9.30 malam menerusi saluran TV2. Menariknya filem ini berkongsi mempamerkan keindahan alam semulajadi negeri Sarawak.

Di samping lokasi penggambaran yang menarik di Taman Negara Bako, ia juga memperlihatkan gaya kehidupan dan budaya di negeri Sarawak.

Lokasi istimewa ini akan mampu menarik minat orang ramai untuk melancong ke negeri Sarawak.

Nota’ mengisahkan Kamal dan Erin adalah sepasang suami isteri yang telah lama menghadapi masalah rumah tangga kerana gagal untuk mendapatkan zuriat, akibatnya mereka jarang berkomunikasi.

Ketika ulang tahun perkahwinan yang ke-10, mereka memilih untuk bercuti ke Taman Negara Bako di mana Kamal telah melamar Erin, 10 tahun yang lalu. Ketika perjalanan ke Bako, Erin tak sengaja terjumpa nota yang ditulis Kamal yang membayangkan dia akan mengakhiri semuanya di puncak tebing.

Erin berasa sangat bersalah dengan situasi berkenaan.

Selepas itu Erin mendapat tahu bahawa Kamal sebenarnya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain dan sekarang ini telah mengandungkan anak Kamal.

Dalam keadaan sedih dan tertekan, antara cinta dan benci, Erin merancang satu pembunuhan dengan menggunakan nota itu menjadi bukti yang kuat untuk dirinya.

Rancangannya tergendala dengan kehadiran Jemat, seorang pembawa bot yang membawa mereka ke kawasan Taman Negara Bako.

Saksikan bagaimana kesudahan perhubungan pasangan suami isteri ini.

Adakah kasih sayang yang dibina selama sedekad mampu untuk mematahkan niat jahat masing-masing demi mencipta bahagia semula?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

__alt__
Advertisement