Anda di sini

Empat negara Arab terus boikot Qatar

Advertisement

Kritik reaksinya ‘negatif’ kepada senarai tuntutan untuk tamat krisis diplomatik

 Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir (dua kiri), Menteri Luar UAE Abdullah bin Zayed al-Nahyan (kiri), Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry (kanan) dan Menteri Luar Bahraini Khalid bin Ahmed al-Khalifa (dua kanan) bertemu untuk membincangkan situasi diplomatik dengan Qatar di Kaherah, Mesir kelmarin. — Gambar Reuters
PERBINCANGAN SERIUS: Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir (dua kiri), Menteri Luar UAE Abdullah bin Zayed al-Nahyan (kiri), Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry (kanan) dan Menteri Luar Bahraini Khalid bin Ahmed al-Khalifa (dua kanan) bertemu untuk membincangkan situasi diplomatik dengan Qatar di Kaherah, Mesir kelmarin. — Gambar Reuters

KAHERAH: Negara-negara Arab yang memutuskan hubungan dengan Qatar berjanji kelmarin untuk meneruskan boikot mereka terhadap emiriah itu, dan mengkritik reaksinya yang “negatif” kepada senarai tuntutan mereka untuk menamatkan krisis diplomatik.

Qatar merayu agar diadakan “dialog” untuk menyelesaikan perbalahan itu mana-kala Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercakap kepada rakan sejawatannya di Mesir Abdel Fattah al-Sisi untuk menggesa semua pihak “agar berunding secara membina”.

Menteri-menteri luar Mesir, Arab Saudi, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang bermesyuarat di Kaherah, “menyesali reaksi negatif dari Qatar”, mereka menyebut dalam satu kenyataan.

Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry berkata reaksi Qatar kepada syarat blok itu “tidak ada isi” dan “mencerminkan kefahaman yang kurang mengenai keseriusan situasi ini”.

Rundingan di Kaherah diadakan sebulan selepas keempat-empat negara memutuskan hubungan dengan Qatar, selepas menuduh Doha menyokong ekstremisme.

Boikot itu akan kekal,” kata Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir pada sidang akhbar yang sama di ibu ne-gara Mesir.

Empat negara Arab terbabit tidak pula mengumumkan sekatan baharu tetapi Jubeir berkata mereka akan “meng-ambil langkah pada waktu yang sesuai”.

Menteri Negeri untuk Hal Ehwal Luar UAE Anwar Gargash meramalkan peminggiran Qatar seterusnya.

Seterusnya peminggiran yang lebih serius, langkah tambahan dan kerosakan reputasi yang berpunca daripada sokongan Doha yang berterusan kepada ekstremis-me dan terorisme,” katanya dalam Twitter.

Tuntutan berkenaan termasuk menamatkan soko-ngan Doha kepada Ikhwanul Muslimin dan menutup badan penyiaran Al-Jazeera.

Arab Saudi dan sekutunya tidak menyatakan langkah yang mereka dapat ambil seterusnya, tetapi terdapat kebimbangan mengenai embargo lebih luas yang dapat menjejaskan ekonomi Qatar, dan agensi penarafan kredit Moody’s mengumumkan ia telah mengubah prospek Qatar kepada negatif ekoran krisis berkenaan.

Negara-negara terbabit mengeluarkan senarai tuntutan 13 perkara pada 22 Jun lalu, dan memberi tempoh 10 hari kepada Qatar untuk bertindak.

Tempoh itu dilanjutkan selama 48 jam pada Ahad lepas atas permintaan Kuwait, yang menjadi perantara dalam krisis itu, dan Qatar mengemukakan jawapannya Isnin lepas.

Kandungan jawapan itu tidak didedahkan, tetapi Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani berkata senarai tuntutan itu “tidak realistik dan tidak dapat dilaksanakan”.

Qatar menafi menyokong ekstremisme dan menuduh negara-negara tersebut cuba melanggar kedaulatannya.

Tuntutan lain termasuk menurun taraf hubungan Qatar dengan Iran – musuh serantau utama Arab Saudi – dan menutup sebuah pangkalan tentera Turki di emiriah tersebut.

Dalam perbualan telefonnya dengan Sisi, Trump “mengulangi keperluan bagi semua negara untuk berpegang kepada komitmen mereka pada sidang kemuncak Riyadh (pada Mei lalu) untuk menghentikan pembiayaan pengganas dan mengecam ideologi pelampau”, kata Rumah Putih.

Setiausaha Negara AS Rex Tillerson bercakap dengan amir Kuwait dan menekankan “sokongan” Washington kepada usahanya untuk mencari penyelesaian kepada krisis itu, kata agensi berita KUNA di Kuwait.

Sementara itu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata penolong setiausaha agung bagi hal ehwal politik, Jeffrey Feltman, berada di Kuwait untuk rundingan bagi menamatkan perbalahan itu.

Menteri Luar Jerman Sigmar Gabriel menyebut dalam satu kenyataan bahawa beliau “gembira melihat rundingan di antara setiausaha negara AS dengan pihak Kuwait”.

Ia sekarang adalah per-kara bagi pihak-pihak yang menyertai rundingan”, ujar-nya.

Qatar beberapa kali me-nyatakan ia bersedia untuk mengadakan rundingan mengenai krisis itu, dan Sheikh Mohammed menegaskan perkara itu kelmarin.

Kami mengalu-alukan sebarang usaha serius untuk menyelesaikan pertikai-an kami dengan jiran-jiran kami,” katanya.

Menteri itu menuduh Arab Saudi dan sekutu serantaunya “menuntut agar kami menye-rahkan kedaulatan kami sebagai harga untuk menamatkan serangan ini”.

Riyadh dan penyokongnya memutuskan hubungan udara, laut dan darat dengan Qatar, termasuk memutuskan laluan penting bagi import seperti makanan.

Mereka turut mengarahkan warga Qatar untuk meninggalkan negara mereka dan mengambil pelbagai langkah terhadap syarikat dan institusi kewangan Qatar. — AFP

Advertisement