Anda di sini

Ugut cederakan wanita, lelaki dipenjara lima bulan

Advertisement

MIRI: Gara-gara mengugut hendak mencederakan seorang wanita, seorang lelaki didenda RM5,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam.

Aidil Sahrin Ahmad Alwi, 37, dari Kampung Baru Luak di sini didapati telah melakukan ugutan jenayah dengan mengugut hendak mencederakan Salasiah Rosli, 29.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Luak di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu supaya hukumannya diringankan memandangkan ini adalah kesalahan pertama.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Md. Syafique Md Hilmie.

Advertisement