Anda di sini

Perayaan kemerdekaan AS meriah seperti biasa

Advertisement

Pertunjukan bunga api, pertandingan makan dan perkelahan besar-besaran menjadi tradisi sambutan

 Pertunjukan bunga api anjuran pusat beli-belah Macy’s menerangi langit malam di Manhattan, Kota New York sempena sambutan Empat Julai. — Gambar AFP
MERDEKA: Pertunjukan bunga api anjuran pusat beli-belah Macy’s menerangi langit malam di Manhattan, Kota New York sempena sambutan Empat Julai. — Gambar AFP

NEW YORK: Rakyat Amerika Syarikat (AS) meraikan percutian Empat Julai kelmarin dengan pembukaan semula sebuah pantai di New Jersey yang ditutup kepada semua orang kecuali gabenor setelah ditutup kerajaan, pertandingan makan ‘hot-dog’ yang memecah rekod dan pertunjukan bunga api di seluruh negara.

Lawatan ke pantai, besbol dan bunga api, tradisi Empat Julai, diraikan di seluruh negara, selain piknik keluarga yang cenderung kepada ‘hot dog’ dan burger.

Satu pesta tidak rasmi di sebuah hutan di Oregon menarik lebih 13,000 orang, di mana dua lelaki mati dipercayai atas sebab semula jadi.

AS memperingati Deklarasi Kemerdekaan, yang diangkat oleh 13 jajahan Amerika pada 4 Julai, 1776.

Dokumen itu menyebut tentang hak yang tidak dapat dirampas kepada kehidupan, kebebasan dan usaha mengejar kebahagiaan.

Di Philadelphia, di mana Deklarasi itu diangkat, satu acara simbolik menepik loceng Liberty Bell (Loceng Kebebasan) diadakan di Independence Hall (Dewan Kemerdekaan).

Di banyak bandar raya, termasuk Boston, New York, Philadelphia dan Washington, orang ramai berkumpul di bawah amaran keselamatan yang kini sudah menjadi kebiasaan bagi konsert dan pertunjukan bunga api.

Pertunjukan di New York, yang dilabel sebagai yang terbesar, dijadual dilepaskan di ruang udara East River (Sungai Timur) di mana ia dapat dilihat dari bandar-bandar Manhattan, Queens dan Brooklyn.

New Jersey dan Maine menamatkan sebahagian penutupan oleh kerajaan sempena percutian ini.

Satu persetujuan di antara Gabenor Chris Christie dan ketua-ketua perundangan membolehkan New Jersey untuk membuka semula taman dan pantai, termasuk Island Beach State Park, di mana akhbar Star-Ledger pada Ahad lepas mengambil gambar Christie dengan keluarga dan rakan-rakan.

Selain itu, pantai lengang disebabkan oleh penutupan yang mencetuskan beberapa satira Internet yang menempatkan Christie di kerusi pantainya dalam adegan pantai terkenal dari D-Day hingga kepada filem ‘Planet of the Apes’.

Christie yang tidak menyesal, dan berkhidmat pada tahun terakhirnya sebagai gabenor, memberitahu pemberita beliau akan menyertai semula keluarganya di kediaman gabenor di Island Beach State Park apabila bajet ditandatangani nanti.

Liga Besbol Utama mempunyai jadual penuh 15 perlawanan di stadium yang penuh sesak di seluruh negara.

Semua jenis pertandingan, peraduan makan pantas, turut berlangsung di seluruh negara, termasuk acara makan ban sosej di Coney Island, Brooklyn, yang disiarkan secara langsung dalam televisyen kebangsaan.

Joey Chestnut memenangi Pertandingan Makan Hot Dog Terkenal Nathan Ke-10 dengan membaham 72 ban sosej dalam masa 10 minit, satu rekod baharu.

Di Washington, Molly Schuyler mempertahankan kejuaraannya dengan memakan 21 burger Z-Burger dalam masa 10 minit, menurut laporan media.

Lebih 13,000 orang berhimpun untuk satu perayaan ‘keamanan dan kasih sayang’ tidak rasmi di Taman Negara Malheur, Oregon, di mana dua mati atas sebab tidak diketahui, kata seorang jurucakap.

Dengan menyatakan ia tiada ketua dan bukan sebuah organisasi, Rainbow Family Gathering meraikan Empat Julai dengan menjaga bumi, tiada keganasan dan menjalani kehidupan yang penyayang dan berbelas kasihan, menurut blogny.

Seorang lelaki berusia 72 tahun maut Isnin lepas dan seorang pemuda berusia 20 tahun rebah lalu mati kelmarin, kata jurucakap hutan Traci Weaver.

Seorang doktor cuba melakukan rawatan kecemasan ke atas pemuda terbabit selama 15 hingga 20 minit tetapi gagal, kata Weaver.

Lima belas tangkapan dibuat, kebanyakannya kerana memandu di bawah pengaruh, dadah atau berkelakuan tidak senonoh, selain 108 pelanggaran dan 432 amaran. — Reuters

 Trump disertai isterinya Melania di atas Balkoni Truman di Rumah Putih, Washington DC kelmarin semasa menghormati persembahan lagu kebangsaan sebelum berkelah bersama keluarga tentera sempena perayaan Empat Julai. Gambar kanan menunjukkan suasana sekitar pertandingan makan ban sosej di Coney Island, Brooklyn pada hari tersebut yang menyaksikan kemenangan Chestnut (tengah). — Gambar AFP/Reuters
TERUJA: Trump disertai isterinya Melania di atas Balkoni Truman di Rumah Putih, Washington DC kelmarin semasa menghormati persembahan lagu kebangsaan sebelum berkelah bersama keluarga tentera sempena perayaan Empat Julai. Gambar kanan menunjukkan suasana sekitar pertandingan makan ban sosej di Coney Island, Brooklyn pada hari tersebut yang menyaksikan kemenangan Chestnut (tengah). — Gambar AFP/Reuters
Advertisement