Anda di sini

Murid-murid SK Sri Mawar Miri dikejutkan kehadiran ‘Mr Bean’

Advertisement
 Luari memberi ‘high five’ kepada seorang murid di SK Sri Mawar.
‘MR BEAN’: Luari memberi ‘high five’ kepada seorang murid di SK Sri Mawar.
 Murid-murid SK Sri Mawar tidak melepaskan peluang memberi ‘high five’ kepada  ‘Mr Bean’.
TUMPUAN: Murid-murid SK Sri Mawar tidak melepaskan peluang memberi ‘high five’ kepada ‘Mr Bean’.

MURID-MURID Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Mawar Miri dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki mirip pelawak terkenal dunia, ‘Mr Bean’ pagi kelmarin.

Kehadiran Faiket Luari dari Albania berpakaian ala ‘Mr Bean’ di SK Sri Mawar sebenarnya dianjurkan oleh Sarawak Convention Bureau (SCB) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk mempromosikan Miri sebagai destinasi pelancongan.

Ia adalah salah satu projek tanggungjawab sosial korporat dan disokong oleh The Giving Bank dan Minda Travel.

Luari ketika ditemui berkata, penggunaan media sosial mampu memberi impak besar dalam usaha mempromosikan kekayaan warisan budaya dan tarikan yang terdapat di Sarawak khususnya Miri.

Tidak dapat dinafikan media sosial memainkan pengaruh cukup besar untuk menyebarkan maklumat serta memasarkan produk pelancongan khususnya ke luar negara.

Penggunaan video gambar dalam media sosial amat penting mewujudkan cerita sosial yang menarik. Konsep ini boleh diguna pakai dalam usaha kita mempromosikan nama Miri ke persada dunia,” katanya.

Beliau memberi contoh, kejayaan Mr Bean sehingga terkenal di merata dunia adalah kerana Rowan Atkinson mencipta cerita itu daripada karakternya sendiri.

Dalam konteks ini, Miri perlu ada cerita tersendiri seperti Mr Bean agar dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke sini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Pelancongan MBM Kaunselor Ernest Goh berkata MBM mengguna pakai konsep media sosial untuk mempromosikan Miri sebagai salah satu destinasi pilihan pelancong.

Kita akan mengadakan pertandingan penerbitan filem pendek berkaitan Miri. Keterangan lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada SBC atas usaha membawa peniru ‘Mr Bean’ ke sini dalam usaha mempromosikan Miri.

Sementara itu, Luari meluangkan masa bergambar bersama murid-murid dan kakitangan sekolah selain menurunkan tandatangan sebagai kenangan.

Hadir sama wakil penganjur dan guru besar SK Sri Mawar, Roslawati Ahmad.

Luari turut mengadakan lawatan mengejut ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung San.

 Luari bergambar bersama murid-murid, kakitangan sekolah SK Sri Mawar dan wakil penganjur.
KENANGAN: Luari bergambar bersama murid-murid, kakitangan sekolah SK Sri Mawar dan wakil penganjur.
  • oleh
  • Advertisement