Anda di sini

Misil terbaharu Utara mampu capai Alaska

Advertisement
 Seorang lelaki melihat siaran televisyen yang memaparkan laporan berita mengenai ujian misil balistik Korea Utara, di sebuah stesen kereta api di Seoul, semalam. — Gambar Reuters
UJI LAGI: Seorang lelaki melihat siaran televisyen yang memaparkan laporan berita mengenai ujian misil balistik Korea Utara, di sebuah stesen kereta api di Seoul, semalam. — Gambar Reuters

SEOUL: Korea Utara telah melancarkan apa yang kelihatan sebagai misil balistik jarak paling jauhnya setakat ini semalam, dengan para pakar mencadangkan ia boleh sampai ke Alaska, menimbulkan satu kemarahan di Twitter daripada Presiden AS Donald Trump yang menggesa China agar menamatkan perkara tidak masuk akal sepenuhnya.

Sekiranya ujian yang muncul ketika Amerika Syarikat bersedia bagi menyambut hari kemerdekaannya pada Empat Julai, menunjukkan satu misil balistik antara benua (ICBM) ia akan memaksa satu pengiraan semula bagi ancaman strategik yang dilakukan oleh Pyongyang.

Ia menyatakan ia akan melakukan satu pengumuman penting pada lewat semalam, lapor agensi berita Yonhap di Selatan.

Dalam respon bagi kejadian terbaharu, Trump menanyakan di dalam Twitter: “Adakah lelaki ini tidak mempunyai benda lain yang lebih baik untuk dilakukan dalam hidupnya?”

Pelancaran semalam merupakan yang terbaharu dalam satu siri provokasi yang telah menimbulkan ketegangan, dan muncul beberapa hari selepas pemimpin baharu Moon Jae-In di Seoul dan Trump  menumpukan kepada risiko daripada Pyongyang dalam persidangan pertama mereka.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengemukakan beberapa set sekatan terhadap Pyongyang mengenai program senjatanya, yang menjawab bahawa ia memerlukan senjata nuklear bagi mempertahankan dirinya daripada ancaman  pencabulan.

“Misil balistik tidak dikenalpasti” telah dilepaskan dari sebuah kawasan di wilayah Phyongan Utara, Joint Chiefs of Staff di Selatan menyatakan dalam satu kenyataan, dan jatuh di Laut Timur, nama Korea bagi Laut Jepun.

Ia terbang sejauh lebih dari 930 kilometer, tambah mereka.

US Pacific Command telah mengesahkan ujian itu dan menyatakan  ia sebagai misil jarak rendah, berasaskan darat yang terbang selama 37 minit, sambil menambah pelancaran tidak memberikan sebarang ancaman kepada Amerika Utara.

Ia telah menganggarkan telah mencapai satu altitud lebih dari 2,500 kilometer,  menurut Jepun.

Alat tersebut telah jatuh di Laut Jepun dalam zon ekonomi eksklusif di negara ini, menurut kementerian pertahanan dalam satu kenyataan,  perairan melepasi 200

Batu nautika dari pantainya.

Perdana Menteri Shinzo Abe memberitahu wartawan : “Pelancaran ini jelas menunjukkan bahawa ancaman telah berkembang.”

AS, Jepun dan Korea Selatan akan mengadakan satu persidangan pada masa lain ketika mesyuarat G20 pada minggu ini mengenai isu tersebut, tambahnya. “Turut saya akan menggalakkan Presiden Xi Jinping dan Presiden Putin  untuk mengambil langkah yang lebih konstruktif.”

Presiden Korea Selatan Moon, yang menyokong kedua-dua pertemuan dengan Utara bagi membawanya ke meja rundingan dan sekatan, mengecam dengan  tegasnya apa yang beliau nyatakan sebagai provokasi yang tidak bertanggungjawab.

“Program nuklear dan misil Korea Utara telah mengancam nyawa rakyat kami dan keselamatan para sekutu kami,” beliau memberitahu satu mesyuarat bagi Majlis Keselamatan Negara di Selatan.

Washington, penjamin keselamatan Korea Selatan, mempunyai lebih dari 28,000 orang anggota tentera di negara ini bagi mempertahankan ia dari negara jiran Komunisnya, dan kebimbangan bagi konflik mencapai satu kemuncak pada awal tahun ini ketika pentadbiran Trump mencadangkan tindakan ketenteraan sebagai satu pilihan dui bawah pertimbangan.

Terdapat juga kemarahan di Amerika Syarikat selepas  Otto Warmbier, seorang pelajar Amerika ditahan di Korea Utara semasa satu lawatan pelancong kira-kira 18 bulan lepas, telah kembali ke tanah air dalam keadaan koma pada Jun lepas, meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Trump telah memberikan harapannya terhadap China, sekutu diplomatik utama Korea Utara, untuk memberikan tekanan  terhadap Pyongyang.

Pada minggu lepas beliau mengumumkan bahawa usaha Beijing telah gagal, namun kembali dengan idea tersebut dalam Twitter selepas pelancaran: “Mungkin China akan mengemukakan satu tindakan yang berat terhadap Korea Utara dan menamatkan perkara bodoh ini sepenuhnya.” — AFP

Advertisement