Anda di sini

Jepun dibadai Nanmadol

Advertisement

TOKYO: Taufan membadai Jepun semalam, menyebabkan puluhan penerbangan terpaksa ditangguhkan, mencederakan sekurang-kurangnya tiga orang dan memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran pemindahan atas kebimbangan banjir dan tanah runtuh.

Taufan Nanmadol mendarat di Nagasaki di pulau barat daya utama Kyushu, membawa angin sekuat 144 kilometer sejam, menurut agensi meteorologi Jepun.

Sekurang-kurangnya 47 penerbangan domestik dibatalkan, sekali gus menjejaskan 3,000 penum-pang, menurut syarikat pener-bangan, ketika pengangkutan di seluruh Kyushu terhenti seketika semalam.

Badan penyiaran awam NHK berkata, sekurang-kurangnya tiga cedera dalam insiden berkaitan ribut.

Ribut tersebut mara ke timur pada kelajuan 55 kilometer sejam dan dijangka merentasi timur Jepun termasuk kawasan di sekeliling Tokyo lewat semalam atau awal hari ini dalam keadaan kekuatannya yang semakin berkurangan, menurut agensi.

Rakaman televisyen daripada NHK dan laporan dalam akhbar Asahi menunjukkan tiang elektrik tumbang, tanjak runtuh dan trak terbalik.

Pegawai tempatan mengeluarkan nasihat pemindahan yang menjejaskan lebih 20,000 penduduk, menurut laporan berita.

Pada September tahun lepas, 22 maut apabila Taufan Lionrock membadai negara tersebut. — AFP

Advertisement