Anda di sini

Buruh warga asing dipenjara 12 bulan kerana tinggal lebih masa

Advertisement

MIRI: Seorang buruh warga asing dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana kesalahan tinggal di negeri ini setelah pas lawatan sosialnya luput tarikh sah.

Mahkamah turut memer-intahkan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Hakim Steve Ritikos setelah meneliti beberapa aspek ter-masuk pengakukan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan di-lakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Hajar Yunding dari Su-lawesi, Indonesia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum di bawah Seksyen 15 (4) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh ditahan jam 11.35 pagi, pada 19 Jun lalu di sebuah rumah tidak bernom-bor di kawasan semak Jalan Kipas di sini untuk tujuan pemeriksaan kerana disyaki warga asing.

Hasil pemeriksaan mendapati tertuduh merupakan warga negara Indonesia masih tinggal di negeri ini setelah pas lawatan sosial dikeluarkan kepadanya tamat tempoh sah pada 18 April lalu.

Ini bermakna tertuduh tinggal di negeri ini selama 42 hari tanpa sebab muna-sabah.

Berikutan itu, tertuduh kemudian ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk soal siasat.

Advertisement