Anda di sini

Tingkat kualiti hidup masyarakat, DBKK sedia bekerjasama dengan NGO

Advertisement
 Joannes (tiga kanan) melepaskan para peserta Larian Amal anjuran LASS.
GAYA SIHAT: Joannes (tiga kanan) melepaskan para peserta Larian Amal anjuran LASS.

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedia bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memajukan bandar raya Kota Kinabalu dan meningkatkan kualiti kehidupan masyarakatnya.

Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai berkata, ia dapat dilihat melalui kerjasama DBKK dengan Persatuan Perkhidmatan Ambulan Lions (LASS) Kota Kinabalu.

Katanya, LASS telah memberikan perkhidmatan yang baik selama lapan tahun, sehingga mewujudkan satu peluang di mana DBKK boleh turut serta dalam aktiviti perkhidmatan yang dilaksanakan di Jalan Gaya pada setiap Ahad.

Saya yakin terdapat peluang lain yang lebih besar untuk DBKK mengadakan kerjasama dengan LASS.

Saya berharap semua pihak dapat memberikan sokongan kepada DBKK untuk mencapai visinya iaitu menjadikan Bandaraya Kota Kinabalu lebih bersih, hijau dan boleh diduduki,” katanya di Majlis Flag Off Larian Amal anjuran LASS, kelmarin.

Teks ucapannya disampaikan oleh Ketua Pengarah DBKK Datuk Joannes Solidau.

Yeo berkata larian itu turut berjaya menarik perhatian yang ramai peserta di sekitar bandar raya ini.

Katanya, LASS yang memulakan operasinya pada 2011 telah berjaya membantu sebanyak 3,877 kes pesakit daripada kritikal sehinggalah pesakit luar.

Menurutnya perkhidmatan yang diberikan LASS setanding dengan standard ambulan berkualiti dan profesional yang lain.

Advertisement