Anda di sini

RM10,000 untuk rancakkan aktiviti wanita, belia di Kampung Stabut

Advertisement
 Dawos (tiga kanan) ketika penutup majlis di Kampung Stabut, baru-baru ini.
PENUTUP: Dawos (tiga kanan) ketika penutup majlis di Kampung Stabut, baru-baru ini.

PERUNTUKAN RM10,000 diberikan kepada Ladies Guild Kampung Stabut untuk menyokong kaum wanita menganjurkan lebih banyak aktiviti untuk penduduk setempat.

Pengerusi JKKK Kaum Wanita Kampung Stabut, Linda David berkata beliau berhasrat untuk mengadakan lebih banyak aktiviti selepas ini yang melibatkan golongan wanita dan belia.

Sudah lama kampung ini tidak menjalankan sebarang aktiviti seperti ini dan jika boleh akan diadakan lebih banyak aktiviti yang melibatkan penduduk kampung dan kawasan sekitar,” ujarnya sewaktu ditemui pada Majlis Merun Kasah dan Jasamu Dihargai di Kampung Stabut, Padawan baru-baru ini.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr James Dawos Mamit telah menyampaikan cek berkenaan bersama-sama penerima cek dan sijil penghargaan lain.

Pada majlis itu turut diadakan ‘suara emas’ untuk berkaraoke sambil mengutip derma untuk Ladies Guild Kampung Stabut selain cabutan bertuah.

Cek berjumlah RM50,000 juga telah disampaikan kepada wakil Persatuan Asar Pinyawa, RM50,000 kepada Gereja St Michael Teng Bukap, RM30,000 kepada JKKK Kampung Stabut, RM20,000 kepada JKKK Kampung Peraya dan RM10,000 kepada JKKK Kampung Krian.

Dawos pada majlis itu ditemani Pegawai Khasnya Datuk Detta Samen serta Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Siburan, Ranum Mina.

Turut hadir sama adalah Ketua Kaum Kampung Stabut Martin Sirip, Presiden Persatuan Asar Pinyawa Douglas Jipau, Ketua Kaum Kampung Peraya Jigem Ringis, Ketua Kaum Kampung Krian Kijium Seneng dan Pengerusi Gereja St Michael Teng Bukap Kevin Jindes.

 Kaum wanita menari pada majlis keramaian itu.
MENARI: Kaum wanita menari pada majlis keramaian itu.
  • oleh
  • Advertisement