Anda di sini

Lapan penyelamat maut nahas heli di Jawa

Advertisement
 Pegawai tempatan menunjukkan kotak hitam daripada helikopter yang terhempas di Temanggung, semalam. — Gambar AFP
MALANG: Pegawai tempatan menunjukkan kotak hitam daripada helikopter yang terhempas di Temanggung, semalam. — Gambar AFP

JAKARTA: Lapan terbunuh selepas sebuah helikopter mencari dan menyelamat Indonesia terhempas, menurut pegawai kanan semalam, kemalangan penerbangan terbaharu di negara ini.

Helikopter milik Agensi Pencari dan Penyelamat Indonesia telah membawa empat anggota penyelamat dan empat kru Tentera Laut ketika ia terhempas di sebuah tebing curam di Temanggung di tengah Jawa kelmarin.

Semua lapan mayat ditemui dari kawasan nahas dan dikenal pasti, kata ketua agensi Muhammad Syaugi.

Helikopter tersebut dalam misi meninjau situasi di Jawa Tengah, di mana kawah gunung berapi meletus di Dieng Plateau pada tengah hari kelmarin.

Kira-kira lima cedera ringan ketika kawah Sileri memuntahkan lava sejuk, debu dan lumpur sehingga setinggi 50 meter ke udara, dengan pihak berkuasa segera mengarahkan anggotanya untuk membersihkan kawasan pelancongan popular.

Syaugi menyatakan agensinya dan jawatankuasa keselamatan pengangkutan negara akan menyiasat punca nahas.

Indonesia telah mengalami beberapa kemalangan udara sepanjang beberapa bulan lepas dan mempunyai rekod trek penerbangan kurang baik.

Pada Disember, sebuah helikopter tentera terhempas di sebuah kawasan terpencil di Borneo, Indonesia mengorbankan tiga orang. — AFP

Advertisement