Anda di sini

Galvin Patrick kembali dengan single baharu ‘Popular’

Advertisement
 Lagu single ‘Masih’ Galvin.
MASIH: Lagu single ‘Masih’ Galvin.

KUCHING: Bermula dengan bekerja di belakang tabir, Galvin Patrick, 31 tahun anak watan Sri Aman kini muncul dengan single terkini berjudul ‘Popular’ yang baru sahaja keluar pada 20 Jun lalu.

Sebelum itu, beliau pernah menghasilkan single berjudul ‘Cantik’ pada Februari lepas, ‘Masih’ pada 9 April dan ‘Selamat Hari Raya’ baru-baru ini.

Mungkin ramai yang belum mengenali beliau, tetapi Galvin merupakan seorang pemuzik bebas, komposer serta pengubah lagu muzik jenre, pop, elektronik, remix, beats bercorak moden.

Walau bagaimanapun, muzik beliau itu sukar diterima oleh sebilangan warga tempatan dan sering dikritik sebagai ‘makanan barat’ kerana genre yang dibawa adalah baru dan tidak seragam dengan arus muzik tempatan.

Saya memulakan kerjaya di dalam bidang muzik sejak 2009 dan pernah bekerja di pelbagai studio sebagai penggubah lagu.

Pernah juga membuat kolaborasi bersama pelbagai pemuzik bebas seluruh Malaysia termasuk rapper, DJ dan penyanyi tempatan tidak mengira bangsa dan bahasa.

Sebelum ini, beliau pernah dibantu oleh seorang penulis lirik terkemuka, Sulu Sarawak dan berjaya mendapat tempat bersama Warner/Chappell Music Malaysia sebagai penerbit bermula 2013 sehingga sekarang,” katanya.

Menurutnya juga, single ‘Cantik’ dicipta sebagai pembakar semangat kepada golongan belia dan memberi suntikan positif kepada diri mereka.

Kebanyakan lagu yang dihasilkan beliau banyak dicipta berdasarkan kepada pengalaman dirinya sendiri.

Galvin merupakan seorang yang ramah dan rendah diri dan jarang membuat penampilan umum kerana sering bekerja di belakang tadbir.

Anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini mendapat pendedahan pertama sejak berumur 3 tahun menerusi ibunya yang suka bermain piano.

Beliau pernah tercalon dan memenangi dalam anugerah VIMA (Voice of Independent Music Awards) Malaysia 2014 dalam kategori ‘Best Genre Bender’ (pengubah genre).

Sebelum ini, beliau mengakui pernah membuat kolaborasi bersama penyanyi dari Brazil, Paulo Santos dan lagu tersebut pernah dimainkan di sebuah rancangan televisyen di negara tersebut pada tahun 2015.

Pernah juga Galvin membuat kolaborasi bersama rapper dari Singapura/Canada, Masia One dengan lagu bertajuk ‘Local Girls’, yang pernah dijadikan lagu tema untuk pertunjukkan fesyen di Singapura pada 2015.

Masia One merupakan seorang rapper yang pernah berkolaborasi bersama Pharrell Williams, Major Lazer dan lagu beliau ‘Warriors Tongue’ terpilih untuk trailer ‘Fast and Furious 8’ arahan James Wan.

  • oleh
  • Advertisement