Anda di sini

Belia aset penting negara, suara mereka perlu didengar dan diambil kira

Advertisement
 Hajiji menerima cenderamata daripada Norjaip.
TERIMA KASIH: Hajiji menerima cenderamata daripada Norjaip.

TUARAN: Golongan belia merupakan aset negara yang paling penting kerana merekalah yang akan menentukan pembangunan negara pada masa akan datang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hajiji Noor berkata ke arah itu, suara golongan belia kini hendaklah didengar dan diambil kira oleh kerajaan sebagai asas kepada agenda pembangunan negara.

Jadi, apa yang perlua kita lakukan sekarang ini ialah kita mesti sentiasa dekat dengan orang muda atau belia ini untuk mendengar apakah yang mereka mahu.

Kita mungkin tidak tahu tetapi mereka lebih tahu apa yang baik untuk mereka di masa depan. Justeru, Transormasi Nasional 2050 (TN50) menjadi agenda penting bagi merealisasikan hasrat itu,” katanya.

Beliau yang juga Adun Sulaman berkata demikian selepas merasmikan Program Jalinan Mesra sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 di Kampung Penimbawan, di sini.

Sementara itu, Hajiji bersetuju menambahbaik beberapa kemudahan infrastruktur seperti gelanggang futsal, jalan raya dan bekalan paip yang ada di kampung berkenaan selain menyampaikan peruntukan kewangan kepada Persatuan Belia Wawasan Daerah Tuaran (PENAWAR) yang menganjurkan program itu.

Hadir di majlis itu ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Tuaran Abdul Kassim Razali, Setiausaha Bahagian Johari Saiman dan pengerusi penganjur Norjaip Daip.

Advertisement