Anda di sini

Tiga bom kereta gegar Damsyik

Advertisement
 Deretan kereta yang rosak teruk melatari salah satu tempat kejadian letupan bom kereta di Damsyik, semalam dalam gambar serahan agensi berita rasmi SANA. — Gambar Reuters
DICENGKAM KONFLIK: Deretan kereta yang rosak teruk melatari salah satu tempat kejadian letupan bom kereta di Damsyik, semalam dalam gambar serahan agensi berita rasmi SANA. — Gambar Reuters

Tujuh maut dalam salah satu insiden yang menyasari kawasan sibuk

DAMSYIK: Tiga bom kereta meletup di ibu negara Syria semalam, menurut laporan media rasmi, dan tujuh maut dalam salah satu letupan tersebut, menurut seorang pegawai polis.

 Seorang pengebom nekad meletupkan diri di Dataran Tahrir di tengah Damsyik setelah dikepung pihak berkuasa.

 Pegawai polis yang berada di tempat kejadian berkata, tujuh maut dan 13 cedera dalam kejadian itu.

 Sementara itu, dua lagi bom kereta telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa, menurut media rasmi.

 Televisyen rasmi berkata, angka kematian adalah minimum kerana pasukan keselamatan telah mencegah teroris daripada mencapai sasaran mereka, iaitu kawasan sibuk pada hari pertama bekerja selepas cuti Hari Raya Aidilftri.

 Siaran rakaman televisyen rasmi dari dataran menunjukkan jalan raya berselerakan dengan puing, beberapa kereta remuk teruk dan sebuah lagi berkecai sehingga tinggal rangka.

 Siaran rakaman satu lagi tempat kejadian menunjukkan cebisan mayat seseorang dan kenderaan yang rosak teruk di luar sebuah masjid di bulatan trafik Baytara dekat Kota Lama Damsyik.

 Pada Mac lalu, dua serangan bom nekad di Damsyik menyebabkan puluha n kematian, kebanyakannya di pekarangan mahkamah Istana Keadilan dekat Kota Lama Damsyik.

 Kumpul an pe l ampa u Islamic State (IS) mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.

 Juga pada Mac, serangan nekad berkembar di ibu negara membunuh puluhan mangsa, kebanyakannya jemaah Syiah.

 Serangan itu bagaimanapun diakui pakatan pemberontak Islamis Tahrir al-Sham yang mengetuai kumpulan pejuang yang pernah dikenali sebagai Barisan Al-Nusra.

 Pasukan kerajaan Syria yang telah mengalahkan pejuang pemberontak di beberapa kawasan kejiranan pinggir Damsyik sejak setahun lalu, kini giat membanteras pemberontak di kawasan Jobar dan Ain Tarma di pinggir timur ibu negara.

 — Reuters

Advertisement