Anda di sini

Xi tetap ‘garisan merah’ bagi Hong Kong

Advertisement
 Xi berjabat tangan dengan Lam (kiri) sejurus upacara angkat sumpah jawatan di Pusat Pameran dan Konvensyen di Hong Kong, semalam. — Gambar AFP
TEGAS: Xi berjabat tangan dengan Lam (kiri) sejurus upacara angkat sumpah jawatan di Pusat Pameran dan Konvensyen di Hong Kong, semalam. — Gambar AFP

Upacara angkat sumpah ketua eksekutif baharu Lam pentas Beijing luah ketegasan

HONG KONG: Presiden China Xi Jinping menyatakan semalam Hong Kong adalah lebih bebas berbanding s e b e l um i n i n amu n menegaskan terdapat ‘garisan merah’ yang tidak boleh dicabar mana-mana pihak terhadap pihak berkuasa Beijing ketika bandar raya itu menyambut 20 tahun sejak ia diserahkan balik oleh Britain.

 Xi berkata demikian dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen selepas pemimpin baharu Hong Kong Carrie Lam mengangkat sumpah ketika penunjuk perasaan pro dan anti-Beijing bertelagah berhampiran lokasi majlis tersebut.

 Lam dipilih jawatankuasa pro-China, seperti mana pemimpin sebelum beliau, dan dipulau pengkritik sebagai boneka China di sebuah bandar di mana ramai berang dengan penguasaan Beijing yang semakin ketat terhadap kebebasan hampir lapan juta penduduknya.

 Satu operasi keselamatan besar-besaran menutup beberapa bahagian luas di Hong Kong sempena kunjungan tiga hari Xi, yang pertama bagi beliau sejak menjadi presiden pada 2013.

 Xi menyatakan semalam bahawa sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan China mahupun terhadap kuasa kerajaan pusat yang melepasi garisan merah dan pastinya tidak akan dibenarkan.

 Beliau turut memberikan amaran terhadap sesiapa y a n g memb a h a y a k a n perlembagaan Hong Kong atau menggunakan bandar tersebut bagi melakukan gangguan dan aktiviti sabotaj terhadap tanah besar.

 Amaran muncul selepas kemunculan aktivis muda yang menyeru bagi keazaman diri atau malah kemerdekaan sepenuhnya bagi Hong Kong, yang telah menimbulkan kemarahan Beijing.

 Xi menegaskan Hong Kong mempunyai lebih banyak hak demokratik dan kebebasan berbanding masa lain dalam sejarahnya dan berjanji akan mempertahankan status separuh autonominya.

 Namun kementerian luar Beijing telah mengumumkan kelmarin dokumen ditandatangani Britain dan China yang membawa kepada penyerahan tidak lagi relevan.

 Deklarasi Bersama Sino- British memberikan Hong Kong hak-hak yang tidak dilihat di tanah besar melalui satu perjanjian ‘Sebuah negara, dua sistem’, berlangsung selama 50 tahun.

 Penunjuk perasaan pro- China mensasarkan satu perarakan kecil oleh aktivis sebagai memperingati mangsa serangan Dataran Tiananmen 1989 di Beijing pada pagi semalam ketika para pegawai berkumpul bagi upacara angkat sumpah.

 Ketika penyokong prodemokrasi bersedia untuk membawa sebuah keranda olok-olok ke arah pusat konvensyen, seperti mana yang mereka lakukan setiap tahun, seorang lelaki telah berlari melintas jalan dan menendangnya.

 Penunjuk perasaan pro- China yang mengibarkan bendera kemudian menghalang perarakan ketika pihak polis berusaha memisahkan kedua-dua pihak.

 Penyokong demokrasi telah dibawa pergi dengan van polis dan dibebaskan tidak lama kemudian.

 Aktivis menyatakan mereka telah beberapa kali diekori dan diserang sejak Xi datang pada Khamis lepas.

 — AFP

Advertisement