Anda di sini

2017Samantha rangkul gelaran Dayung Gawae Tematu 2017

Advertisement
 Lo (tiga kiri) dan John (tiga kanan) bersama tetamu yang lain melakukan upacara minum air tuak sebagai tanda sambutan Hari Gawai.
BUDAYA: Lo (tiga kiri) dan John (tiga kanan) bersama tetamu yang lain melakukan upacara minum air tuak sebagai tanda sambutan Hari Gawai.
 Samantha (tengah), Dayung Gawea Tematu 2017 diapit oleh Odleen (kiri) dan Oasis (kanan).
DAYUNG GAWEA: Samantha (tengah), Dayung Gawea Tematu 2017 diapit oleh Odleen (kiri) dan Oasis (kanan).

SAMANTHA Andra Razak, merangkul gelaran Dayung Gawae Tematu 2017 sempena Karnival Gawai Tematu yang berlangsung di Kampung Tematu dekat Kuching, baru-baru ini.

 Berasal dari Kampung Skibang, Bau, gadis cantik ini menewaskan 16 peserta yang lain yang turut berentap dalam pertandingan ini.

 Tempat kedua dimenangi oleh Odleen Catherny Morfor dari Kampung Suba Bandar, Bau manakala tempat ketiga dimenangi Oasis Norun Favian dari Kampung Tanjung Poting, Singai, Bau.

 Selain gelaran utama, pertandingan ini turut mempertaruhkan lima gelaran sampingan iaitu Ratu Popular, Ratu Personaliti, Busana Terbaik, Ratu Bakat dan Ratu Fotogenik.

 Dua daripada gelaran sampingan ini iaitu Ratu Popular dan Busana Terbaik dimenangi oleh Odleen yang merupakan pemenang tempat kedua Dayung Gawae Tematu 2017.

 Gelaran Ratu Personaliti dimenangi Agerine Atek manakala Ratu Bakat dan Ratu Fotogenik masing-masing dimenangi Stephanie Michael Bakat dan Cornelia Natasha Ernest.

 Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang hadir sebagai tetamu kehormat pada malam pertandingan itu sekali gus menyampaikan hadiah kepada pemenang.

 Selain pertandingan Dayung Gawae malam kemuncak karnival ini turut menobatkan pemenang pertandingan baju Gawai kanak-kanak.

 Pertandingan ini telah dimenangi oleh Ellysha manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Catherine Danielle Nunis dan Mary Medelin David Melen.

 Dalam pada itu pengerusi penganjur John Pata berkata karnival dua hari ini telah berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung ke Kampung Tematu.

 Malah lebih penting, karnival ini berjaya mempromosikan adat budaya masyarakat Bidayuh kepada masyarakat luar terutama dalam kalangan generasi muda.

  • oleh
  • Advertisement