Anda di sini

Polis Thailand siasat semula kes ‘bunuh diri’ pelancong Belgium

Advertisement

BANGKOK: Polis Thailand semalam berkata mereka membuka semula siasatan mengenai kematian pada April lepas melibatkan seorang pelancong Belgium yang telah diputuskan sebagai tindakan membunuh diri pada masa itu selepas kenyataan atas talian me-nyuarakan kebimbangan bahawa dia mungkin telah dibunuh.

Mayat Elise Dallemange, 30, ditemui di kawasan hutan di pulau Koh Tao, di mana pelancong Britain Hannah Witheridge dan David Miller dibunuh di pantai pada 2014.

Polis berkata Witheridge, 23, dirogol dan dicekik se-hingga mati sementara Miller, 24, dipukul di bahagian kepalanya.

Thailand, terkenal dengan pantai dan kawasan budaya-nya, merupakan satu tarikan pelancongan wilayah dan industri pelancongan menjadi penyumbang pendapatan utama.

Kenyataan dalam media sosial pada minggu ini me-nyatakan Dallemange telah menempah sekeping tiket ke wilayah Chumphon, di tanah besar, dan bagasi dia tiba selepas kematiannya, me-nunjukkan bahawa dia tidak berniat untuk membunuh dirinya sendiri.

“Pihak polis terus mencari bukti baharu, kerana ia bukannya satu kematian secara semula jadi, namun kami tidak menemui apa-apa,” kata Kolonel Polis Preecha Kladsawad.

Pembunuhan pada 2014 melibatkan pelancong Britain telah menyebabkan beberapa media tempatan dan asing  menggelar Koh Tao sebagai “pulau pembunuhan.”

Dua pekerja migran dari Myanmar ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati selepas mereka disabitkan bagi jenayah pada Disember 2015 – satu tindakan yang dikritik oleh kumpulan hak asasi yang menyatakan mereka telah tersilap disabitkan. — Reuters

Advertisement