Anda di sini

Peniaga didakwa guna lesen memandu milik individu lain

Advertisement

PETALING JAYA: Seorang peniaga pasar malam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaanmenggunakan lesen memandu milik orang lain untuk tujuan pengesahan pembelian telefonbimbit di sebuah pusat beli-belah, minggu lalu.

LowHanTiong,39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Hairolazhar Mohd Ishak.

Dia didakwa dengan curangnya menggunakan lesen memandu berkenaan di sebuah pusat beli-belah di sini pada 1.45 petang, 26 Jun lalu.

Dakwaandibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Lowdiikat jamin RM3,000dan menetapkan 21 Julai untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee manakala tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama

Advertisement