Anda di sini

Cubaan serang masjid di Paris gagal

Advertisement
 Anggota polis berkawal selepas cubaan serangan menggunakan kenderaan 4x4 di luar masjid Creteil dekat Paris, Perancis kelmarin. — Gambar Reuters
BERJAGA-JAGA: Anggota polis berkawal selepas cubaan serangan menggunakan kenderaan 4x4 di luar masjid Creteil dekat Paris, Perancis kelmarin. — Gambar Reuters

CRETEIL: Seorang lelaki ditangkap selepas dia memandu kenderaannya ke arah penghadang yang melindungi sebuah masjid di subbandar Paris kelmarin, kata polis, dengan pegawai beragama Islam menggambarkan insiden itu sebagai “cubaan sera-ngan”.

Kenderaan 4x4 itu “melanggar tiang dan penghadang yang diletakkan bagi melindungi masjid Creteil”, di tenggara ibu negara, sebelum memecut dan merempuh pulau pembahagi lalu lintas, kata polis. Tiada sesiapa yang tercedera.

Pemandu tersebut, yang juga pemilik kenderaan, melarikan diri namun ditangkap “tanpa insiden” di rumahnya sejurus selepas itu, tambah polis.

Penggeledahan telah dilakukan pada malam kelmarin di rumah pemandu tersebut, kata sumber yang rapat dengan siasatan, sambil menambah bahawa suspek telah membuat “kenyataan yang keliru berhubung” satu rangkaian serangan jihad yang melanda Perancis, mengorbankan 239 orang sejak 2015.

Lelaki itu adalah seorang rakyat Armenia berusia 43 tahun yang akan dikenakan pemeriksaan psikiatrik, kata satu lagi sumber rapat dengan siasatan.

Menurut pihak berkuasa kehakiman, suspek tidak berada di bawah pengaruh alkohol.

Menteri Dalam Negara Perancis Gerard Collomb menyatakan dalam satu ke-nyataan bahawa “motif dia yang sebenarnya” akan di-tentukan melalui siasatan.

Pegawai polis Paris Michel Delpuech berkata dia telah “melakukan segala yang termampu...untuk mengetahui motif pemandu tersebut dan menentukan sekiranya dia bertanggungjawab dari segi jenayah.”

Dalam satu kenyataan, rektor Masjid Agung Paris, Dalil Boubakeur menggambarkan insiden itu sebagai “sera-ngan jenayah” dan “tindakan Islamofobia”.

“Apa yang berlaku di Creteil kelihatan memberikan justifikasi kepada kebimbangan yang saya nyatakan selepas serangan berhampiran Masjid Taman Finsbury di  London,” ketua Pemerhati Kebangsaan Menentang Islamofobia, Abdallah Zekri, memberitahu AFP.

Beliau menggesa “lebih berjaga-jaga di pihak pegawai masjid”, dan menyeru pihak berkuasa agar “memperkukuhkan perlindungan di tempat ibadat.”

Pada 19 Jun, seorang lelaki memandu sebuah van yang melanggar jemaah mening-galkan Masjid Taman Finsbury di utara London.

Keluarga Darren Osborne, lelaki yang disyaki sengaja memandu ke arah sekumpulan penganut Islam, berkata dia “bermasalah”, sementara pelanggan tetap di pub tempatannya menceritakan dia pernah dihumban keluar kerana mengugut untuk membunuh penduduk Islam. — AFP

Advertisement