Anda di sini

Bekalan bahan api di Labuan mencukupi

Advertisement
 Anggota KPDNKK Labuan memeriksa salah satu stesen minyak di Labuan.
BEKALAN CUKUP: Anggota KPDNKK Labuan memeriksa salah satu stesen minyak di Labuan.

LABUAN: Bekalan bahan api di sini adalah mencukupi dan tiada masalah bekalan sepanjang tempoh cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Perkara itu disahkan jurucakap Unit Kawalan Bekalan, Harga dan Anti Pencatutan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Labuan, kelmarin.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap enam stesen minyak di sini bermula jam 7 malam Rabu lalu sehingga jam 1 pagi kelmarin mendapati semua stesen minyak beroperasi dalam keadaan baik dan tiada sebarang masalah berlaku.

“Tinjauan terhadap bekalan bahan api termasuk petrol RON95 dan RON97 serta diesel adalah mencukupi dan pengguna tidak akan menghadapi masalah bekalan terputus bagi tempoh cuti sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Harga bahan api bagaimanapun akan berubah mengikut ketetapan harga secara mingguan pada setiap Rabu berbanding secara bulanan sebelum ini,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan di atas kerjasama daripada semua operator stesen minyak di daerah ini.

Advertisement