Anda di sini

Telur buaya siam spesies terancam ditemui di Kemboja

Advertisement
 Gambar serahan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar kelmarin            menunjukkan sarang dengan 19 telur buaya siam yang merupakan spesies terancam yang ditemui berhampiran kolam di wilayah barat daya Koh Kong, Kemboja. — Gambar AFP
PENEMUAN PENTING: Gambar serahan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar kelmarin menunjukkan sarang dengan 19 telur buaya siam yang merupakan spesies terancam yang ditemui berhampiran kolam di wilayah barat daya Koh Kong, Kemboja. — Gambar AFP

PHNOM PENH: Aktivis pemuliharaan di Kemboja menjumpai sarang dengan 19 telur daripada buaya yang paling terancam di dunia, yang memberi harapan kepada spesies unik yang diancam oleh pemburu dan kehilangan habitat.

Telur sebesar buku lima itu dijumpai pada minggu ini oleh pegawai alam sekitar dan penduduk kampung berhampiran sebuah kolam di wilayah barat daya Koh Kong, kata Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS), yang membantu dalam penemuan itu.

Kumpulan itu telah mencari jejak, najis dan tanda lain buaya siam yang liar, satu spesies dengan populasi yang sudah menjunam pada kadar yang membimbangkan sejak beberapa tahun lalu.

Penyelidik percaya hanya 400 buaya dewasa masih wujud dalam belantara, kebanyakannya di Kemboja.

Kehidupan buaya ini diancam oleh pemburu yang membekalkan telur dan reptilia dewasa kepada ladang buaya di sekitar rantau ini, di mana kulit buaya ini dijadikan tali pinggang, kasut dan beg tangan mewah.

“Untuk mengelak sebarang ancaman, kami memindahkan telur tersebut ke tempat yang selamat untuk menentas dan menjejaki kemajuannya,” In Hul, dari Pentadbiran Perikanan Kemboja, menyebut dalam satu kenyataan kelmarin.

Selepas telur itu menetas, anak buaya akan dibesarkan di pusat pemuliharaan sehingga cukup matang untuk dilepaskan ke dalam belantara, kata Eng Mengey dari WCS kepada AFP.

WCS berkata ia merupakan sarang Buaya Siam pertama dijumpai dalam sistem sungai Sre Ambel selama enam tahun penyelidikan dijalankan.

Pada awal tahun ini kum-pulan itu menjumpai sebuah sarang dalam sistem sungai yang sama milik Penyu Diraja Kemboja, satu pe-nemuan yang menaikkan semangat bagi satu lagi reptilia yang berada di ambang kepupusan.

Penebangan hutan dan pemburuan sudah memus-nahkan banyak spesies di Kemboja, salah sebuah negara paling miskin dan paling korup di Asia.

Dalam usahanya yang terburu-buru untuk membangun, kerajaan telah dikritik kerana membiarkan syarikat membersihkan ratusan ribu hektar tanah hutan – termasuk dalam zon yang dilindungi – bagi segala-galanya daripada ladang getah dan tebu hingga kepada empangan kuasa hidro. — AFP

Advertisement