Anda di sini

Penganggur mengaku tidak bersalah tuduhan pukul isteri

Advertisement

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam terhadap pertuduhan memukul isterinya menggunakan sebatang kayu pada Ahad lepas.

Tertuduh M. Vicknesh, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Pendaftar Bonny Empoh selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Lelaki itu dituduh mendatangkan kecederaan terhadap M. Sakunthala Devi dengan menggunakan sebatang kayu di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat, Kampung Muhibah, Bukit Jalil, jam 9.30 malam pada 25 Jun lepas.

 Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan 7 Ogos ditetapkan untuk sebutan semula kes. — Bernama

Advertisement