Anda di sini

Ketibaan Xi di HK disambut meriah

Advertisement
 Xi (tengah) melambai kepada orang ramai yang menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong semalam. — Gambar AFP
SAMBUTAN MERIAH: Xi (tengah) melambai kepada orang ramai yang menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong semalam. — Gambar AFP

HONG KONG: Presiden Xi Jinping tiba di Hong Kong (HK) semalam bagi me-nyambut 20 tahun sejak ia diserahkan semula kepada China oleh Britain, dengan aktivis demokrasi yang ter-kenal berada dalam tahanan polis selepas satu bantahan di bandar raya yang berbelah bagi dari segi politik.

Kunjungan selama tiga hari itu merupakan yang pertama oleh Xi sejak menjadi pemim-pin pada 2013 dan muncul pada masa terdapat peningkatan dalam kebimbangan bahawa Beijing sedang meng-ancam kebebasan separa autonomi Hong Kong.

Beliau tiba di lapangan terbang utama Chek Lap Kok di bandar raya tersebut dengan pesawat Air China bersama isteri beliau, penyanyi China Peng Liyuan, dan disambut oleh pasukan perarakan dan kanak-kanak yang mengibar bendera sambil memegang poster mengalu-alukan ke-datangan pasangan itu ke Hong Kong.

Penyokong kempen prodemokrasi yang berprofil tinggi termasuk Joshua Wong dan anggota perundangan muda Nathan Law ditangkap pada malam kelmarin kerana mencetuskan “kekecohan umum” selepas mengadakan bantahan di luar pusat konvensyen yang akan menjadi tuan rumah bagi sebahagian daripada acara ulang tahun, tidak jauh dari hotel di mana Xi akan menetap.

Lebih 20 aktivis masih berada dalam tahanan pada pagi semalam ketika penyokong berkumpul di balai polis di mana mereka ditahan.

“Mereka mahu menghalang orang seperti Joshua Wong dan Nathan Law dari berada di jalan raya,” kata rakan aktivis Derek Lam yang merupakan antara penyokong yang menunggu di luar.

Kawasan di sekitar pusat konvensyen ditutup oleh penghadang gergasi berisi air dan polis berkata mereka mengambil “langkah-langkah keselamatan menangani keganasan” bagi memastikan keselamatan Xi.

Kebencian terhadap Beijing telah bertambah sejak beberapa tahun ini, terutama di kalangan golongan muda.

Kegagalan perhimpunan besar-besaran pada 2014 bagi memenangi perubahan demokratik telah mencetus-kan gelombang baharu aktivis “tempatan”, berminat untuk menekankan identiti Hong Kong yang tersendiri, dengan beberapa pihak menyeru perpisahan sepenuhnya dari tanah besar.

Sejak kembali kepada China pada 1997, bandar raya ter-sebut diperintah di bawah perjanjian “satu negara, dua sistem” yang memberikannya hak yang tidak dilihat di tanah besar, termasuk kebebasan bercakap dan kehakiman bebas.

Namun terdapat kebimbangan sekarang bahawa Beijing telah melanggar perjanjian dengan campur tangan dalam pelbagai bidang, dari politik hingga pendidikan dan media.

Walaupun aktivis muda berjanji akan terus membantah semasa kunjungan Xi, penduduk lain berkata mereka akan menyambut kedatangan beliau ke Hong Kong.

Beberapa pentas telah didirikan di beberapa dataran bertentangan dengan pusat konvensyen untuk muzik dan tarian di mana orang ramai yang teruja berkumpul sebelum kehadirannya.

“Ia akan menjadi satu penghormatan untuk mempunyai orang nombor satu di China untuk datang ke sebuah bandar raya yang sangat kecil,” kata seorang lelaki berusia 38 tahun yang memperkenalkan diri sebagai Encik Fan.

“Beliau ditawarkan tiga hari ke Hong Kong – ia adalah satu kemewahan,” kata beliau, menyatakan bahawa keadaan adalah lebih baik di bandar raya itu sekarang berban-ding di bawah pemerintahan Britain.

Kunjungan Xi akan me-libatkan upacara pelantikan pemimpin bandar raya yang baharu Carrie Lam, yang dipilih oleh jawatankuasa pro-China.

Beliau berjanji akan memulihkan perpecahan namun menimbulkan kritikan dengan menyatakan kanak-kanak seharusnya disemai dengan identiti China sejak dari kecil dan mencadangkan bahawa aktivis kemerdekaan akan berdepan dengan hukuman di bawah undang-undang.

Satu rangka kerja yang disokong oleh Beijing bagi apa yang akan menjadi pilihan raya kepimpinan umum pertama di bandar raya tersebut mencetuskan bantahan pada 2014 selepas ia menyata-         kan kesemua calon wajib disaring.

Sejak itu, perdebatan mengenai perubahan demokratik yang dijanjikan telah tertangguh dengan Lam berkata beliau tidak pasti sekiranya masa adalah sesuai untuk membangkitkan ia semula.

Lam telah menyatakan beliau ingin memberi tumpuan kepada isu-isu kehidupan, di sebuah bandar raya yang mana jurang kekayaan berada pada rekod yang tinggi dan ramai tidak mampu untuk mendapatkan perumahan murah, menambahkan lagi ketegangan.

Xi dijangka meninggalkan Hong Kong pada Sabtu, sele-pas pelantikan Lam. — AFP

Advertisement