Anda di sini

Gagal hadir, mahkamah keluar waran tangkap suspek curi

Advertisement

MIRI: Mahkamah Sesyen telah mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki menghadapi tuduhan mencuri setelah gagal hadir untuk sebutan kes semalam.

Mahkamah memerintahkan waran tangkap itu dikembalikan pada 12 Julai depan.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Steve Ritikos setelah membenarkan permohonan pegawai pendakwa ASP Mary Ong yang memohon dikeluarkan waran tangkap ke atas tertuduh kerana gagal hadir di mahkamah semalam.

Wan Muhammad Nur Ismail Mohd Salim dari No.299 Kampung Langkap Ketiur, Kuala Kangsar, Perak telah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh mencuri empat biji ‘sea water pump elbow’ (tembaga) dan empat batang paip tembaga ‘Sea Water Pummp Piping’ bernilai RM50,000 kepunyaan syarikat MTU Services Sdn Bhd dan di bawah jagaan Alwie Lio.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11 pagi, 24 Jun 2016 di Syarikat Terusan Wajah Sdn Bhd di sini.

Advertisement