Anda di sini

Kerangka Majlis Halal M’sia tumpu pemerkasaan syarikat

Advertisement

Dijangka akan dilancarkan menjelang hujung tahun ini

KUALA LUMPUR: Majlis Halal Malaysia menyasar untuk melancarkan kerangka strategiknya menjelang akhir tahun ini yang memberi tumpuan kepada usaha pemerkasaan syarikat halal tempatan di peringkat global selain meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera.

 Ke tua Pegawa i Eksekutif Perbadanan Pembangunan Indus t r i Halal (HDC) Datuk Seri Jamil Bidin berkata majlis yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , kini dalam proses menyiapkan kerangka yang dapat memacu Malaysia melangkaui status Hab Halal Global pada 2020.

 “Kerangka ini di bawah Pelan Induk 2.

0 pembangunan industri halal negara bagi tempoh 2018-2030.

 “Kita perlukan pelan ini kerana (pelan) yang digunakan sebelum ini sudah pun berusia kira-kira sedekad iaitu daripada 2008-2020.

 “Malah banyak perkembangan yang be r l aku dalam industri halal ini dan kita tidak mahu menunggu sehingga 2020 untuk melancarkan perancangan baharu,” katanya kepada Bernama.

 Antara objektif utama majlis itu adalah menangani pelbagai isu berkaitan industri halal dan peranan itu turut dibahagikan antara yang membabitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan HDC.

 JAKIM akan menumpukan kepada aspek pensijilan, tadbir urus dan hal berkaitan Syariah manakala HDC pula memberi fokus kepada usaha memperluas dan mengantarabangsakan industri halal.

 Mengulas selanjutnya, Jamil berkata selain HDC dan JAKIM, majlis itu turut diterajui oleh Jabatan Standard Malaysia yang merupakan badan tunggal standard dan akreditasi kebangsaan.

 Menurutnya, kesemua badan halal di bawah pelbagai industri akan disatukan di bawah Majlis itu bagi memperkukuhkan keberkesanan dan pengeluaran barangan halal secara maksimum serta meletakkan Malaysia sebagai peneraju pengeluaran produk halal.

 Jamil berkata, majlis itu juga merancang untuk mengadakan sekurang-kurangnya empat mesyuarat tahun ini yang mana dua daripadanya telah diadakan sebelum ini dengan perbincangan menumpukan usaha pemerkasaan syarikat-syarikat Bumiputera dalam industri halal berkenaan.

 Pada 2015, syarikat-syarikat Bumiputera itu menyumbang kira-kira RM2.6 bilion atau 6. 6 peratus daripada jumlah eksport produk halal dan setakat tahun lepas, sejumlah 2,878 syarikat berkaitan memperoleh Pensijilan Halal Malaysia berbanding hanya 579 syarikat pada 2010.

 Mengulas perkembangan HDC, Jamil berkata perbadanan itu sentiasa mengutamakan peranannya sebagai pemacu pembangunan halal negara dan pada masa sama berharap dapat mempertingkatkan sumbangan berkenaan.

 “Kita mahu menghasilkan lebih banyak syarikat yang (mampu) bersaing secara sihat dan tidak hanya dari segi eksport dan pelaburan.

 HDC berharap dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, terutamanya untuk kalangan belia,” katanya.

 Pada tahun lepas, eksport halal Malaysia mencecah RM42 bilion berbanding RM39 bilion pada 2015.

 “Kita menjangkakan aliran peningkatan itu akan berterusan pada tahun ini,” katanya.

 Malah, eksport halal Malaysia dijangka melebihi RM50 bilion menjelang 2020.

 — Bernama

Advertisement